ADVERTISEMENTspot_img

Darul Bakti Sasar RM100 Ribu Menerusi Pertunjukan Amal

SUASANA…Suasana ketika kunjungan hormat.4. Tun Musa (dua dari kanan) menerima cenderamata daripada Saidatul (dua dari kiri).

KOTA KINABALU: Darul Bakti menyasarkan kutipan dana sebanyak RM100,000 menerusi penganjuranpertunjukan amal di Kuala Lumpur pada April tahun depan.
Pengerusi Yayasan Darul Bakti 

(Asrama dan Pondok Pendidikan Anak Yatim dan Berkeperluan), Datin Saidatul Mohd Said Keruak berkata, kutipan berkenaan bertujuan 

menampung perbelanjaan operasi institusi itu.

“Darul Bakti yang berpusat di Kota Belud merupakan sebuah institusi yang membantu kanak-kanak kurang berkemampuan dan anak yatim untuk mendapatkan pendidikan sehingga Tingkatan Lima.

“Sudah 30 tahun kami meneruskan perbelanjaan untuk kanak-kanak ini. Alhamdulillah, ada yang berjaya dan ada juga mencapai kejayaan sederhana.
“Penganjuran pertunjukan amal itu merupakan kali pertama diadakan di Kuala Lumpur selepas sebelum ini dianjurkan di Sabah. 
“Antara pengisian program berkenaan ialah penjualan meja, selain mengharapkan sokongan orang ramai khususnya rakyat Sabah yang menetap di Kuala Lumpur,”

 katanya ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman, di Istana Seri Kinabalu, di sini pada Isnin.

Beliau turut menjelaskan tujuan kunjungan hormat  adalah untuk menjemput Tun Musa dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin bagi menghadiri pertunjukan amal berkenaan sebagai tetamu kehormat.

Beliau berharap pertunjukan amal itu mendapat sokongan pelbagai pihak bagi memastikan kelangsungan usaha Darul Bakti dalam menyediakan pendidikan kepada golongan berkenaan./Penerangan–

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN