ADVERTISEMENTspot_img

warga China disyaki terlibat Skim Penipuan di cekup dalam Ops Bersepadu

Set Komputer dan Telefon Bimbit yang berjaya dirampas dalam serbuan itu

LABUAN: Seramai 13 warga China yang disyaki terlibat dengan Skim Penipuan berjaya dicekup dalam satu Ops Bersepadu yang dijalankan di sini baru baru ini.

Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata Ops Bersepadu yang melibatkan agensi Penguatkuasa Polis dan Imigresen telah melakukan serbuan keatas sebuah rumah perumahan dua tingkat di Jalan Pulau Buah yang dipercayai di jadikan pusat operasi Skim Penipuan.

Beliau berkata hasil pemeriksaan lanjut mendapati rumah tersebut dijadikan sebagai premis ‘Calling Centre’ bagi menjalankan kegiatan tersebut.

Kesemua suspek yang melibatkan 12 lelaki dan seorang wanita berumur antara 26 hingga 47 tahun dikesan memasuki negara ini menggunakan Pas Lawatan Sosial, manakala empat daripada mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah semasa tangkapan.

“Dalam serbuan itu kita turut merampas 21 set komputer dan 83 unit telefon bimbit yang digunakan untuk menjalakan aktivit tersebut dengan nilai keseluruhan berjumlah lebih RM150, 000” katanya dalam satu sidang media di IPD Labuan, kelmarin.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan penipuan serta Seksyen 120B Kanun Keseksaan kerana pakatan jenayah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN