ADVERTISEMENTspot_img

Sambutan Regatta Lepa Ke-31 27 Jun Ini

Jafry ketika ditemui media.

KOTA KINABALU : Sambutan Regatta Lepa Semporna Kali Ke-31 bakal diadakan pada 27 Jun ini. 

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, sambutan berkenaan merupakan program tahunan peringkat negeri yang dianjurkan bagi mempromosikan warisan budaya masyarakat Semporna serta memperkukuh sektor pelancongan negeri.

“Kita menjangkakan kehadiran seramai 30,000 hingga 40,000 pengunjung pada tahun ini. 

“Seperti tahun-tahun sebelum ini, acara ini merupakan acara yang dinantikan oleh masyarakat Semporna dan juga pelancong. 

“Saya harapkan agar semua masyarakat turut terlibat dalam menjayakan program ini kerana ia dapat mempamerkan budaya dan amalan masyarakat di daerah Semporna,” katanya ketika ditemui media selepas kunjungan hormat Jawatankuasa Penganjur Regatta Lepa Semporna Kali Ke-31 terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, pada Rabu. 

Menurut Jafry, tujuan kunjungan adalah bagi menjemput Tun Musa merasmikan sambutan berkenaan./Penerangan

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN