ADVERTISEMENTspot_img

Tun Musa Terima Kunjungan Hormat Jawatankuasa Sambutan Ma’al Hijrah

Suasana ketika sesi kunjungan hormat.

Kota Kinabalu : Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman menerima kunjungan hormat Jawatankuasa Sambutan Ma’al Hijrah 1448H/2026M. 

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP), Datuk Dr. Mohd Ariffin Mohd Arif berkata, beberapa program telah pun dilaksanakan manakala selebihnya bakal dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Kita akan mengundang tokoh penceramah, pendakwah terkenal iaitu Datuk Dr. Badli Shah Alauddin untuk menyampaikan ceramah khas sempena sambutan Ma’al Hijrah pada minggu hadapan.

“Selain itu program Anjung At Takwa anjuran RTM Sabah turut mengimarahkan lagi sambutan pada tahun ini,” katanya ketika ditemui media selepas kunjungan hormat berkenaan, pada Rabu. 

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Ma’al Hijrah 1448H/2026M memaklumkan antara lain tujuan kunjungan adalah bagi menjemput Tun Musa ke Majlis Tahlil sempena doa akhir tahun dan awal tahun hijrah yang akan berlangsung pada 16 Jun 2026 di Masjid Negeri Sabah.

Hadir sama, Pengarah Jabatan hal Ehwal Agama Islam Sabah, Datuk Awang Juri Ag. Tahir dan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Seri Panglima Yahya Hussin./Penerangan

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN