CENDERAHATI…. Mohd Rafi menyampaikan cenderahati kepada Pengerusi Masjid Akl-Munawar, Haryadi Omar sambil diperhatikan Niswati
LABUAN: Wanita UMNO Bahagian Labuan dengan kerjasama Masjid Al Munawar Kampung Pohon Batu telah menganjurkan bacaan Tadarus dan Khatam Al-Quran yang diadakan di masjid berkenaan pada Ahad.
Majlis yang dilaksanakan selepas solat tarawih telah disertai oleh 40 peserta yang terdiri 15 peserta lelaki dan 25 wanita yang dipimpin oleh Imam Masjid Al Munawar, Ustaz Saparudin Kamis.
Turut sama menyertai Tadarus dan Khatam Al-Quran itu ialah Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan.
Menurut Ketua Wanita UMNO Bahagian Labuan, Hajah Niswati Tarji, pihaknya telah memilih Masjid Al Munawar sebagai lokasi Tadarus Al-Quran yang juga merupakan salah satu aktiviti Wanita UMNO pada tahun ini.
Niswati berkata Tadarus Al-Quran telahpun wujud pada zaman Nabi Muhammad SAW lagi dan telahpun menjadi ikutan dan dihayati oleh para sahabat Nabi dan Umat Islam dari dulu hingga sekarang.
“Justeru itu, sempena Bulan Ramadan Al Mubarak ini, Wanita UMNO Labuan telah bekerjasama dengan Masjid Al-Munawar untuk menganjurkan Tadarus-Khatam Al-Quran” katanya.
Pada majlis itu, Mohd Rafi turut menyampaikan cenderahti kepada peserta Tadarus dan Khatam Aquran.
Hadir sama pada majlis itu, Pengerusi Masjid Al-Munawar, Haryadi Omar dan Timbalan Pengerusi Masjid Al- Munawar, Tassim Haji Amin.