Sebahagian Wanita PN yang hadir sempat merakam gambar bersama Datuk Amisah (duduk tengah).
RANAU: Wanita Perikatan Nasional (PN) di kawasan P.179 Ranau, disaran agar dapat menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi memberi penjelasan dan penerangan sebaik mungkin terhadap perjuangan parti PN dalam membangunkan negara serta rakyat akar umbi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (dilantik) yang juga Ketua Srikandi Bahagian Ranau, dan Naib Ketua Srikandi negeri Sabah, Datuk Amisah Yassin berkata, semua jentera dan sayap parti sama ada Wanita, Srikandi dan Armada juga punyai tanggungkawab untuk memberi kefahaman kepada rakyat terhadap perjuangan dan komitmen kerajaan membela nasib rakyat secara mapan.
“Justeru tanggungjawab dan peranan kita untuk menjelaskan kepada rakyat akar umbi terhadap perjuangan parti adalah amat penting”, jelas Datuk Amisah ketika berucap pada Mesyuarat Wanita PN Bersatu Bahagian Ranau di Bilik Mesyuarat pejabat PN Ranau pagi tadi (10 Disember).
Datuk Amisah mengharapkan kepada semua Wanita PN supaya lebih bersedia menjalankan tanggungjawab serta peranan masing-masinh pada Pilihan Raya Umum (PRU) Parlimen tidak lama lagi.