26 C
Kota Kinabalu
Khamis, Julai 18, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Wanita kerugian RM30 ribu, rumah dipecah masuk.

OLEH ADUKA JASNIN SUMAN


RANAU: Seorang wanita kerugian lebih kurang RM30 ribu apabila rumahnya di Kampung Pinausok dekat Kundasang, dipecah masuk awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Mohd Shahrul Datuk Haji Abdul Wahab, berkata, kejadian berlaku lebih kurang jam 5.30 pagi di rumah mangsa tidak bernombor yang terletak di tepi jalanraya utama Ranau-Kundasang.


Menurutnya, semasa kejadian, mangsa sedang berehat di ruang tamu rumahnya selepas selasai membasuh pakaian pada awal pagi.


“Semasa mangsa masuk ke ruang dapur untuk masak air, mangsa terdengar pintu jeriji besi dibuka oleh seseorang lalu mangsa keluar dari dapur dan terserampak dengan seorang lelaki di ruang tamu rumahnya. 


“Menurut mangsa, lelaki tersebut berbadan kurus, tinggi lebih kurang lima kaki lima inci (5′,5”), memakai jaket, penutup muka dan bersarung tangan berwarna hitam sedang memegang beg tangan¬† milik mangsa yang diletakkannya di atas meja ruang tamu.

“Suspek yang menyedari kehadiran mangsa bertindak melarikan diri, dan pada masa yang sama, mangsa cuba merampas beg tangannya daripada suspek tetapi tidak berjaya,” katanya.


Menurut Mohd Shahrul, suspek melarikan diri menggunakan motosikal menuju Kundasang.  Mangsa tidak sempat mengecam nombor pendaftaran dan jenis motor yang digunakan suspek.

“Antara yang hilang ialah barang kemas, beg tangan berjenama dan wang tunai yang dianggarkan bernilai lebih kurang RM30 ribu. Siasatan masih diterusan dan kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.


“Sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, diminta untuk menghubungi pihak polis dengan segera,” tambahnya.-TAMAT-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN