29 C
Kota Kinabalu
Ahad, Januari 25, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Wanita dalang sindiket pemalsuan dokumen ditangkap polis bukan penduduk Kg.Perancangan.

OLEH: ADUKA JASNIN SUMAN


RANAU: Pemimpin dan penduduk Kampung Perancangan di sini, tampil menafikan bahawa seorang wanita yang ditangkap polis baru-baru ini  dipercayai dalang sindiket pemalsuan dokumen bukan penduduk di kampung mereka.

Ketua Kampung, Kg.Perancangan, KK Maisol Radin ketika memberitahu media berkata, wanita terbabit berasal dari kampung berhampiran dan hanya menggunakan alamat Kg.Perancangan dalam Kad Pengenalan (MyKad).

Katanya, wanita itu juga dipercayai tidak lagi menatap di daerah ini dan sudah bermastautin di daerah lain sejak 10 tahun lalu.

“Siasatan yang dibuat, mendapati wanita itu sudah lama meninggalkan kampung halaman selepas berkahwin dan menatap di daerah asal suaminya.

“Bagaimanapun, alamat pada MyKadnya belum ditukar dan masih menggunakan alamat Kg.Perancangan walaupun dia bukan orang kampung di sini,” kata KK Maisol.

MENAFIKAN……KK Maisol (ketiga kanan) bersama beberapa pemimpin Kg.Perancangan Ranau, selepas selasai mengadakan perbincangan.

Beliau dan beberapa pemimpin kampung terdiri Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN), Majlis Pengurusan Komuniti Kampung ( MPKK)  terpanggil untuk membuat penafian itu selepas terbaca dalam akhbar tempatan dan media sosial kes seorang wanita beralamat Kg.Perancangan terlibat menipu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Ranau dalam urusan memohon MyKad kepada dua wanita warga Filipina baru-baru ini.

Menurut KK Maisol, penafian dibuat bertujuan membersihkan dan menjaga nama baik Kg.Perancangan yang sedikit tercalar apabila dikaitakan dengan kes jenayah yang dilakukan wanita terbabit.

Sementara itu, beliau turut menasihati penduduk kampung agar tidak terlibat dengan sebarang kegiatan jenayah termasuklah bersekongkol dengan warga asing untuk mendapatkan MayKad.

“Demi kesejahteraan Kg.Perancangan, saya bersama pemimpin lain di kampung ini tidak akan berkompromi jika ada penduduk didapati terlibat dengan kes-kes jenayah.

“Malah penduduk kampung turut diajak  bersama-sama untuk memastikan Kg.Perancangan bebas dari sebarang kegiatan jenayah,” tegas KK Maisol.

Dalam kejadian 11 Febuari lalu, dua wanita warga Filipina ditahan polis selepas cuba menipu pegawai JPN Ranau dengan menggunakan dokumen milik individu sudah meninggal dunia untuk memohon kad pengenalan (MyKad) baharu.

Seorang wanita tempatan berusia 40-an, menggunakan alamat Kg.Perancangan Ranau dipercayai menjadi dalang sindiket menawarkan kad pengenalan kepada warga asing itu turut ditahan.- TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN