ADVERTISEMENTspot_img

KPDN Labuan tahan dua lelaki secara berasingan cuba seleweng deisel

Lima tong minyak diesel yang cuba diselewengdisimpan dalam sebuah kenderaan

LABUAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Labuan, menahan dua lelaki secara berasingan dipecayai cuba menyeleweng minyak deisel tanpa permit menerusi Ops Tiris 4.0.

Pengarah KPDN Wilayah Persekutuan Labuan, Junaidah Arbain berkata kes pertama membabitkan seorang lelaki berumur 26 tahun ditahan bersama sebuah kenderaan berhampiran Saguking Warehouse, Jalan Tuanku Sharif Kedah.

Katanya, pemeriksaan sebuah kenderaan jenis ‘single cab’ menemukan kira-kira 1,000 liter diesel yang disimpan dalam lima tong, selain menemui peralatan seperti hos dan pam elektrik.

“Pemeriksaan lanjut mendapati pemandu kenderaan berkenaam gagal mengemukakan sebarang permit atau kebenaran bertulis bagi memiliki bahan api tersebut,” katanya.

Manakala kes kedua, melibatkan seorang lelaki tempatan berumur 39 tahun ditahan di sebuah stesen minyak selepas didapati mengisi diesel ke dalam gelen 20 liter berulang kali tanpa dokumen, diesel berkenaan dikumpul dan disimpan dalam sebuah kenderaan milik sebuah syarikat.

Jumlah nilai keseruhan deisel yang dirampas bernilai lebih RM 83,000.00

Kedua-dua kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961; jika sabit kesalahan individu berkenaan boleh didenda sehingga denda RM1 juta atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN