ADVERTISEMENTspot_img

USIA Labuan anjur Program Memasak Bubur Banging dan Iftar Ramadan

Mohd Ali menyerahkan sumbangan kepada Pengerusi Masjid Al Sultan Abdullah, Ustaz Minggu Matnoh.

Labuan: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Labuan menganjurkan Program Memasak Bubur Banging dan majlis Iftar Ramadan yang diadakan di Masjid Al Sultan Abdullah Sungai Bedaun, pads malam kelmarin.

Ketua USIA Bahagian Labuan, Mohd Ali Aliman @ Asmaran Datuk Seri Panglima Mohamed Bledram berkata, kedua dua program itu turut mendapat kerjasama Wanita USIA Bahagian Labuan dan Jawatankuasa Masjid Al Sultan Abdullah Sungai Bedaun.

“Program ini merupakan aktiviti USIA Bahagian Labuan sempena Bulan Ramadan dan ini sekaligus Menyemarakan semangat ukhwah antara ahli ahli USIA dengan komuniti’, katanya ketika ditemui pada majlis Iftar di masjid berkenaan.

Katanya, sebanyak 1000 bungkus bubur Banging yang dimasak oleh Wanita USIA berjaya diagihkan kepada jemaah Masjid Al Sultan Abdullah dan orang ramai di sekitarnya sejurus selesai solat Jumaat.

Wanita USIA bersama AJK USIA menyiapkan bungkusan Bubur Banging untuk diagih kepada jemaah masjid dan orang ramai.

” Aktiviti diteruskan lagi dengan majlis Iftar bersama jemaah masjid dan seterusnya melaksanakan sembahyang Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah serta moreh”, jelasnya.

Sementara iti, majlis Iftar Ramadan USIA Labuan turut diadakan di Surau Nurul Hidayah Perumahan Batu Arang pada hari betikutnya,

Hadir sama menjayakan program itu, Timbalan Ketua USIA Bahagian, Sahari Amdan, Setiausaha USIA Bahagian, Norliha Lamat, Ketua Wanita USIA Bahagian, Dg Sharifah Mahmud dan AJK Masjid Al Sultan Abdullah serta AJK USIA Bahagian Labuan.

.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN