GAMBAR: Melawat Kundasang Farm Ville dekat sini pada Sabtu.
RANAU: Usaha untuk meningkatkan produk pelancongan berteraskan pertanian wajar disokong bagi menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara mengunjungi negeri Sabah khasnya dikawasan Tanah Tinggi Pekan Kundasang.
Pembantu Menteri Pertanian Dan Perikanan I Negeri Sabah, Datuk James Ratip berkata, industri pelancongan berteraskan pertanian antara yang menarik ketika ini kerana para pelancong bukan sahaja dapat menikmati keindahan tanaman yang diusahakan, malah dapat memperolehi ilmu pertanian yang moden.
“Saya kagum dengan usaha yang dibangunkan oleh usahawan pertanian dan pelancongan di Tanah Tinggi Kundasang ini. Mereka memberikan kepuasan yang bermanfaat kepada pelancong yang datang”, jelasnya ketika melawat Kundasang Farm Ville dekat sini pada Sabtu.
Kundasang Farm Ville merupakan satu lagi lokasi pelancongan menarik yang diusahakan oleh sekeluarga usahawan muda diketuai oleh Sam Koh selaku pengurus projek. Kawasan itu terletak ditepi jalan menuju ke Kg.Mesilou Kundasang dan menyajikan produk tanaman seperti Strawbery, Tomato Cherry, Red Coral, Green Coral dan Romaine Lettuce yang tanam menggunakan teknik Hidroponik, Akuaponik dan Fertigasi.
Menurut james, pihaknya sentiasa terbuka untuk menerima kerjasama dikalangan usahawan yang berhasrat untuk mendapatkan sebarang pandangan menerusi kepakaran para pegawai di Kementerian Pertanian Dan Perikanan Negeri Sabah untuk penghasilan produk pertanian yang lebih berkualiti bagi tujuan pertambahan produk pelancongan.
Turut serta dalam lawatan itu adalah J.Sam Sundin selaku Penolong Pegawai Pertanian Daerah Ranau dan Gray Junior Mojili, salah seorang rakan niaga Kundasang Farm Ville.