25 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pusat Pemberian Vaksin, usaha kerajaan laksana ‘Outreach’ perlu disokong: Dr.Stanley

0leh: Jainuddin Nasir

RANAU: Usaha kerajaan  negeri Sabah melaksanakan ‘Outreach’  bagi meningkatkan jumlah pendaftaran penerima Vaksin, turut mendapat reaksi positif dikalangan pengusaha Klinik Swasta di Ranau.

Menurut mereka usaha itu dapat membantu penduduk luar bandar untuk mendaftar  mengikuti Imunisasi Vaksin Covid-19, 3.0 kebangsaan bagi memutuskan rantaian Covid-19 yang kini masih menular seluruh dunia.

“Usaha kerajaan melaksanakan Outreach perlu disokong sebaik mungkin untuk kebaikan semua orang”, jelas salah seorang pengusaha Klinik Swasta di pekan Ranau, ‘Klinik & Sugeri Stanley Chong’, Dr.Stanley Chong Sui Khean.

Menurutnya, tindakan melaksanakan lebih banyak Pusat Pemberian  Vaksin (PPV) di kampung-kampung adalah amat wajar agar mereka  tidak perlu keluar pekan sekaligus dapat mengurangkan orang ramai berkumpul di PPV yang ditempatkan di pekan.

Menteri Kerajaan  Tempatan dan Peruma han Sabah, Datuk Seri Panglima Datuk Haji Masidi Bin Manjun dalam kenyataannya baru-baru ini,  menyatakan lebih banyak PPV awam telah mula beroperasi Jun ini di mana klinik-klinik Swasta juga telah dibenarkan untuk memberi vaksin dan mula Julai, pekerja kilang, peruncitan, pengangkutan dan lain-lain perkhidmatan berkaitan ekonomi juga akan akan diberikan vaksin.
             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN