Josef (kiri) bersama Dr Geoeffrey (kanan) bertukar tukar dokumen MoU pada majlis itu.
LABUAN: Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) serta Perjanjian Kolaborasi dengan Syarikat PINC Technology (PINC) yang diadakan di Bilik Eureka Bangunan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) baru baru ini.
Majlis menandatangani perjanjian persefahaman tersebut dilaksanakan antara Dekan Fakulti Antarabangsa Labuan (FAKL) UMS Prof. Madya Dr.Geoffrey Harvey Tanakinjal mewakili Naib Canselor UMS, Datuk Kassim Mansor dan pihak Syarikat PINC diwakili oleh Pengarah Urusan PINC Technology Sdn. Bhd, Josef Wong Ming Chong.
Terdahulu Prof Madya Dr Geoffery berkata majlis itu bertujuan untuk mempromosikan Pertandingan Marinehack Tahun 2025 yang terbuka kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta di seluruh negara.
“Penganjurannya juga selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi melahirkan bakat muda yang mahir teknologi sekaligus mampu memacu transformasi industri Maritim”, Katanya.
Beliau menambah kerjasama antara UMS dan PINC dijangka menjadi pemangkin kepada impak yang lebih bermakna membolehkan pelajar membangunkan penyelesaian pratikal berasaskan teknologi cabaran dalam sektor maritim.
Marinehack 2025 yang bertemakan ” Menelusuri Masa Hadapan; Penyelesaian Pintar Industri Maritim’ berpotensi menjadi program perdana yang meneroka penglibatan rentas universiti, kerjasama antara disiplin dan senegi antara industri serta akademia pernah dalam skala yang belum, pernah disaksikan sebelum.
Hadir sama pada majlis itu Penasihat PINC Technology Sdn. bhd. Dato’ Baharin Dato ‘Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Fadzilah Mahmud, Pensyarah Kanan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) Dr. Mohamad Fadhli Asli dan Timbalan Dekan FKAL, Dr. Ricky Chia Chee Jun



