26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Umno Labuan  sebulat suara lulus usul Bashir sebagai Calon BN P166 Labuan  PRU15

BASHIR (empat dari kiri),  Khalid (tiga dari kiri) bersama barisan tertinggi kepimpinan UMNO Bahagian Labuan pada mesyuarat tersebut.

LABUAN: Mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Labuan   sebulat suara  meluluskan usul  untuk mencalonkan dan menyokong  Ketua UMNO Bahagian Labuan  Senator  Datuk Bashir Alias sebagai calon BN bagi kerusi P166 Labuan pada PRU15.

Usul sebulat suara itu diluluskan selepas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Khalid Ghani membaca 5 usul yang diangkat   pada mesyuarat tersebut.

Terdahulu usul utama  yang dibacakan Khalid ialah sokongan sebulat suara UMNO Labuan menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri sehingga  tamat tempoh penggal  Parlimen  ke 14.

 “Menyedari bahawa UMNO melalui Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob kini telah mendapat sokongan dan mandat untuk memimpin kerajaan dan negara sekali lagi.

“Memahami bahawa negara sedang melalui fasa pemulihan dan Perdana Menteri sedang giat melaksanakan pelbagai Langkah untuk memulihkan Kembali negara dari aspek ekonomi, keselamatan rakyat, politik dan sosial berteraskan konsep dan aspirasi Keluarga Malaysia.

“Menginsafi bahawa rakyat masih belum selamat sepenuhnya daripada ancaman pandemik Covid 19 dan keselamatan nyawa serta kesejahteraan rakyat mesti diutamakan berbanding perkara perkara lain.

“Maka Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Labuan  mengambil ketetapan menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri dan usaha-usaha beliau untuk memulihkan kembali negara dalam aspek ekonomi, keselamatan rakyat, politik dan sosial,” katanya.

Sementara itu, mesyuarat yang berlangsung di Desa Tunas Hijau Kampung Sungai Miri malam tadi  dirasmikan oleh Senator Datuk Bashir Alias selaku Ketua UMNO Bahagian Labuan merangkap Ahli Dewan Negara.

Bashir ketika berucap menegaskan agar UMNO  perlu kembali memainkan peranan utama sebagai parti yang memimpin penyatuan kalangan orang Melayu dan Bumiputera seterusnya kembali memainkan peranan sebagai parti tunjang yang menyatukan dan mengharmonikan rakyat di dalam negara.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN