28.8 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 20, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

UMNO Labuan raikan pelajar Tahfiz Al-Quran Sri Merinding berbuka puasa

Razlan (tiga dari kiri) bersama Rafi (empat dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada pelajar Tahfiz Madrasah Sri Marinding.

LABUAN: Seramai 100 pelajar Tahfiz dari Madrasah Tahfiz Al-Quran Sri Merinding serta anak yatim diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa bersama Kepimpinan UMNO Bahagian Labuan yang diadakan di dewan Desa Tunas, dekat sini, pada Ahad.

Sambil berbuka puasa pelajar dan anak yatim tersebut turut menerima duit raya dan bakul makanan sumbangan UMNO Bahagian Labuan.

Majlis Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Mohd. Razlan Rafii yang juga Setiap Politik Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)/ dan Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan.

Mohd Rafi ketika berucap pada majlis itu berkata UMNO Labuan telah menganjurkan pelbagai program bagi menyemarakkan bulan Ramadan tahun ini.

Razlan, Mohd Rafi bersama pelajar Madrasah Tahfiz Al-Quran Sri Merinding.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia berkata antara program yang telah dilaksanakan ialah Program Ziarah Kasih Ramadan dengan menyantuni sambil menyampaikan sumbangan berupa duit raya dan bakul makanan kepada lebih 300 itasnaf untuk sama sama berkongsi kegembiraan menyambut Aidilfitri.

Selain itu, progran Jelajah Ukhwah Ramadan dengan berkunjung ke masjid dan surau sekitar Labuan bagi mengimarahkan aktiviti Tadarus Al-Quran dan solat Tarawih bersama penduduk setempat.

“UMNO Labuan laksanakan semua aktiviti itu bukan sahaja untuk mendekati rakyat, tetapi juga menjadikan politik sebagai ibadah kepada rakyat khususnya golongan asnaf di peringkat akar umbi.

Turut diraikan pada majlis itu ialah keluarga besar UMNO Labuan yang merangkumi AJK UMNO Bahagian, dan kepimpinan lima sayap parti itu melibatkan, Cawangan, Wanita, Pemuda, Puteri dan Veteran UMNO.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN