Malek Razak (tengah) dan Khir Junaidi (kanan) menyambut ketibaan Tun Musa di perkarangan Masjid Ibnu Battuta, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sepanggar pada Khamis.
KOTA KINABALU : Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor hadir menyerikan majlis iftar bersama kira-kira 800 warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, pada Khamis.Tun Musa yang diiringi isteri, Toh Puan Faridah Tussin berkenan menghadiri majlis tersebut bersama Hajiji dan isteri, Datin Seri Juliah Salag yang berlangsung di Masjid Ibnu Battuta,
Pangkalan TLDM Kota Kinabalu
bagi menyantuni warga TLDM dalam suasana penuh ukhuwah.
Majlis dimulakan dengan tazkirah Ramadan sebelum para hadirin berbuka puasa dan menunaikan solat fardhu Maghrib, diikuti solat Isyak serta solat sunat Tarawih secara berjemaah.
Solat Maghrib, Isyak dan Tarawih diimamkan oleh Pegawai Agama Markas Pangkalan Kota Kinabalu, Mejar Muhammad Fathi Waez Rostam.
Hadir sama, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab dan isteri, Datin Dr. Khairiah Abdullah serta Panglima Armada Timur TLDM Sepanggar, Datuk Khir Junaidi Idris dan isteri, Datin Norlizah Sha’ari./Penerangan–



