Kamarudin menerima cenderahati daripada Haryanty
LABUAN: Tourism Malaysia Sabah dengan kerjasama Sabah Tourism Board dan Perbadanan Labuan menganjurkan ‘Roadshow Bussines To Bussines ( b2b) di Kota Bharu, Kelantan, pada Ahad.
Delegasi Road show itu melibatkan seramai 16 peserta industri pelancongan yang terdiri daripada agensi pelancongan, produk pelancongan, perhotelan dan persatuan pelancongan daerah.
Roadshow berkenaan telah dirasmikan oleh Exco Pelancongan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Nor.
Pengarah Tourism Malaysia Sabah, Haryanty Abu Bakar berkata, usaha itu diharap akan memperkenal dan menarik kunjungan ramai pelancong ke Sabah dan Labuan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
“Kami teruja untuk menggunakan pendekatan yang lebih agresif untuk mempelbagaikan tawaran pakej pelancongan dan meningkatkan aktiviti promosi merentasi semua negeri untuk meningkatkan perjalanan antara negeri. Kebolehcapaian dari Sabah ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia kini disokong oleh penerbangan AirAsia tiga kali seminggu.
“Dengan peningkatan kerjasama dan permintaan yang semakin meningkat untuk pelancongan domestik dua hala, kami berharap ini akan menggalakkan syarikat penerbangan lain untuk berkembang ke sektor penting ini,” katanya.
Program turut dimeriahkan dengan kehadiran lebih 100 pemain industri dari negeri Kelantan.
Roadshow berkanaan akan berakhir di Pahang dan Melaka pada 28 September ini.



