26 C
Kota Kinabalu
Selasa, Oktober 22, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

TKPPM  lawat SMK Labuan

Haji Pkharuddin (7 kanan), Raisin (8 kanan), Yusup (5 kanan) dan Mohd Nizam (6 kanan) bergambar bersama pentadbir SMK Labuan, baru-baru ini.

LABUAN: Timbalan Ketua Pengarah  Pendidikan Malaysia (TKPPM), Sektor Dasar dan Kurikulum, Dato’ Haji Pkharuddin Haji Ghazali telah melakukan lawatan kerja ke SMK Labuan,  pada Khamis lalu.

Ketibaan  TKPPM  bersama rombongan disambut oleh Pengetua SMK Labuan, Mohd Nizam Yasim dan barisan Penolong Kanan.

Sempena lawatan itu, Pkharuddin dibawa melawat ke beberapa kelas termasuk kelas Tingkatan 6, koperasi sekolah dan Bilik Bimbingan dan Kaunseling.

Tujuan utama lawatan ialah untuk meninjau pelaksanaan inisiatif Sekolahku SEJAHTERA yang telah dilancarkan di peringkat KPM sejak Februari lalu.

Haji Pkharuddin (kiri) yang diiringi Mohd Nizam melawat Kelas Tingkatan Enam SMK Labuan.

Dalam sesi lawatan, beliau telah berinteraksi dengan murid-mnurid dan guru dalam memastikan 14 nilai kehidupan dalam elemen SEJAHTERA difahami dan dihayati oleh warga sekolah.

“Pihak KPM berharap agar nilai SEJAHTERA dapat diterap dan diamalkan di dalam diri seluruh warga SMK Labuan dan seterusnya membentuk nilai dan budaya dalam kehidupan seharian,”kata beliau ketika diwawancara oleh pemberita cilik TVPSS.

Turut menyertai rombongan ialah Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Raisin Saidin, Pengarah Pendidikan Labuan, Yusup Haji Mohamad dan Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, Maimoon Haji Matnoh.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN