KENINGAUļ¼Timbalan Presiden STARSABAH Datuk Robert Tawik @ Nordin menyokong saranan Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS ļ¼Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar bahawa pendaftaran GRS sebagai gabungan politik rasmi membawa kebaikan kepada negeri Sabah.
Katanya, dengan terdaftarnya Gabungan Rakyat Sabah, ianya untuk kebaikan untuk Sabah dan Sarawak.
Jelas Robert yang Ketua Bahagian STARSABAH Bingkor, Sarawak sekarang sudah mempunyai gabungan yang rasmi iaitu Gabungan Parti Sarawak ļ¼GPSļ¼ dan telah terbukti diterima oleh rakyat Sarawak seperti yang ditunjukkan dalam Pilihanraya Negeri Sarawak yang baru lalu.
āDan jika ia secara rasmi didaftar, ia lebih memberi keyakinan kepada rakyat Sabah terhadap Kerajaan GRSā katanya.
Pembantu Menteri Kerja Raya itu berkata, pendaftaran GRS sebagai gabungan politik rasmi juga memantapkan lagi kesepekatan, kerjasama dan hubungan yang erat dikalangan parti-parti dalam GRS.
āIni juga menjadi tunggak kekuatan dan kestabilan politik dalam kerajaan GRS bagi memacu pembangunan sabah melalui halatuju Sabah Maju Jaya ļ¼SMJļ¼.
“Maka itu, saya berharap semua parti dalam gabungan ini memberikan sokongan yang sepenuhnya saranan Pengerusi GRS Daruk Seri Panglima Hajiji Noor untuk mendaftar GRS secara rasmi sebagai gabungan politikā katanya.
Robert juga berharap pendaftaran GRS tidak perlu dilengah-lengahkan lagi dan perlu dipercepatkan.



