25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Tiga pelumba SAS Cycling Club terpilih sertai sesi pemilihan SUKMA

GAMBAR: TIGA pelumba basikal dari SAS Club Cycling Labuan yang terpilih untuk sesi pemilihan pasukan lumba basikal   SUKMA Sabah.

LABUAN: Tiga pelumba basikal muda dari  SAS Cycling Club Labuan menerima tawaran Majlis Sukan Negeri Sabah untuk mengikuti sesi pemilihan untuk  mewakili negeri itu ke Sukan Malaysia (SUKMA).

Pengerusi SAS Cycling Club Labuan Tarmizi Wahab berkata ketiga-tiga pelumba itu merupakan anak tempatan  yang berpotensi untuk diketengahkan  dalam acara sukan lumba basikal.

Mereka yang terpilih itu ialah Roslehan Rosly dan Hakim Junaidi dari Kampung  Sungai Buton serta Nor Akmal Danial Abdul Latif dari Kampung  Lajau.

“Sesi ujian pemilihan akan berlangsung dua hari pada 6-7 Mei ini di Kota Kinabalu Sabah,” katanya.

Jelas Tarmizi, ketiga-tiga pelumba itu akan menyertai pemilihan bagi acara Ujian Masa Individu dan acara Lebuh raya.

Dalam pada itu Tarmizi menzahirkan ucapan tahniah kepada para pelumba muda itu kerana terpilih untuk menyertai sesi pemilihan di Sabah.

Tarmizi berharap, sesi itu bakal menyuntik semangat kepada pelumba lain untuk meneruskan minat dalam sukan lumba basikal, khususnya di pulau ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN