ADVERTISEMENTspot_img

Tiga lelaki tempatan disyaki terlibat dengan dadah ditahan polis

Gambar: TIGA suspek yang ditahan polis dalam tangkapan  di kawasan perumahan kampung Lajau, pada Ahad.

LABUAN: Polis di sini berjaya menangkap tiga lelaki tempatan kerana disyaki memiliki dadah dalam satu pemeriksaan  di kawasan perumahan Kampung Lajau dekat sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Wilayah Peersekutuan Labuan, Superitendan Ahmad Jawila berkata, ketiga-tiga mereka ditahan kira-kira jam 1.40 petang oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Labuan hasil daripada risikan dan maklumat  polis sebelum ini.

Beliau berkata, salah seorang dari suspek telah menyerahkan sebuah beg yang disimpan di bawah lantai tempat duduk hadapan kepada anggota polis yang sedang membuat pemeriksaan.

“ Hasil daripada pemeriksaan lanjut keatas beg berkenaan didapati mengandungi tujuh  paket plastik lutsinar berlainan saiz berisi ketulan ketulan kristal jernih di syaki dadah jenis syabu yang dianggarkan beratnya 6.7 gram dengan nilai pasaran semasa dianggarkan RM600,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, pada Isnin.

RAMPASAN..Dadah jenis syabu

Kesemua suspek berumur 27 hingga 38 tahun itu  turut didapati positif dadah jenis methamphetamine selepas  ujian air kencing dilakukan keatas suspek.

Ahmad berkata, selain itu  mereka juga  turut mempunyai rekod kesalahan lampau iaitu di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan salah seorang suspek pernah dipenjara enam tahun atas kesalahan melakukan rompakan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

“Kesemua suspek  telah ditahan reman selama empat hari  sehingga 26 Ogos ini” katanya.

Jika sabit kesalahan kesemua suspek boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(1) ADB 1952 iaitu penjara tidak lebih daripada 5 tahun  serta tidak kurang tiga  sebatan.

“Hukuman juga boleh dijatuhkan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh didenda sehingga RM5,000.00 dan penjara sehingga dua (2) tahun” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN