CEMERLANG….Howard bersama ayah dan ibunya gembira selepas diumum sebagai pelajar paling cemerlang SPM 2021
LABUAN: Tiga buah sekolah menengah di sini iaitu SM Sains Labuan, SM St. Anne dan SMK Rancha-Rancha mencapai kelulusan 100 peratus lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.
Demikian kata Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Wilayah Persekutuan Labuan, Yusup Haji Mohamad pada majlis pengumuman Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang diadakan di SMK Pantai, pagi tadi.
Sementara itu, Howard Hii Jie dari SMK Labuan yang mendapat keputusan 10 A dan A+ dan Evana Liew Hui Chen dari SMK Pantai yang mendapat 9(A+) diumumkan sebagai pelajar paling cemerlang keputusan lulus SPM 2021.
Manakala 17 lagi diumumkan sebagai pelajar cemerlang lulus sekurang-kurangnya satu Gred A, mereka ialah Adrianne Wong Choo Jiin 6(A+)4(A) Audrianna Agang Teo Li Hui 7(A+)(3A),Corliss Lim Jing Shi 5(A+)(5A), Melaine Yap Wan Yi 9(A+) (1A), Michelle Yeo Li Tze ( 8(A+)1(A)1(A-), kesemua mereka dari SMK Labuan.

TERUJA…Evania bersama ibunya teruja apabila menerima sijil keputusan cemerlang SPM 2021.
Enya Lim 2(A+)5(A)2(A-), Fiona Heng Jia En 3(A+)5(A)1(A-) dari SMK ST. Anthony, Hii Jia Qian 6(A+)1(A)3(A-), Michelle Aloysius 1(A+)8(A), Nurmaisarah 2(A+)5(A)2(A-), Shine Lee Yan Han 7(A+)3(A), Wong Wan Sien 3(A+)4(A)2(A-) dari SMK St. Anne.
Turut mencapai lulus sekurang-kurang Gred 1A itu ialah Averinna Juris 7(A+)2(A), Hechley Joel Jaespanis 3(A+)5(A)1(A-), Mohd Faizul Dahlan 6(A+)3(A), Nurhaziqah Irdina Hassan, 5(A+)4(A) dari SM Sains, Norashaffiqanaziraerme 5(A+)4(A), Norsuhaila Omar Ali 4(A+)4(A)2(A-) dan Nurul Syaqilla Yusaili 1(A+)6(A)2(A-) dari SMK Rancha Rancha.
“Seramai 946 daripada 997 calon sekolah kerajaan yang menduduki peperiksaan SPM 2021 telah layak mendapat sijil dengan jumlah peratus 94.88 peratus berbanding pencapaian tahun 2020 yang merekodkan 92.49 peratus iaitu menunjukkan peningkatan 2.39 peratus.
“Manakala pencapaian Gred Purata Negeri (GPN)4.67 berbanding 4.90 tahun 2020 iaitu meningkat sebanyak 0.23 peratus” katanya.



