28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 8, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Terminal Feri Antarabangsa Labuan ditambah baik bagi keselesaan pengguna- Dr.Zaliha

Dr Zaliha (tengah) ketika mengadakan lawatan ke Terminal Feri Antabsngss Labuan pada Isnin.

LABUAN: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, Terminal Feri Antarabangsa Labuan termasuk Terminal Feri Ro-Ro akan ditambah baik bagi memberi keselesaan kepada pengguna.

Beliau berkata penambahbaikan kemudahan itu bagi memastikan keselesaan pengguna.Dalam waktu yang sama penambahbaikan itu juga melibatkan memendekan masa menunggu khususnya di Terminal Feri Ro-Ro.

“Kita sedang berusaha untuk meluaskan ruang tempat menunggu bagi menampung bilangan pengguna yang semakin meningkat, sekaligus bukan sahaja dapat memberikan keselesaan pengguna tetapi juga dapat memendekan masa menunggu pengguna yang menggunakan perkhidmatan feri penumpang mahupun feri ro-ro”, katanya ketika ditemui media selepas meninjau Terminal Feri Antarabangsa Labuan, pada petang Isnin.

Dr Zaliha berkata, Perbadanan Labuan juga sedang meneliti daripada pelbagai sudut untuk menaik taraf terminal feri lama untuk keperluan operator bot bot ekpress dan bot bot kecil agar perkhidmatan yang sedia lebih lancar pergerakannya.

“Bagaimanapun kita perlu meneliti perkara ini secara serius melibatkan kerjasama agensi yang berkaitan termasuk meneliti data data kapasiti terminal dan pergerakan semasa bot bot yang beroperasi di terminal itu nanti”, katanya.

Terdahulu sebelum itu beliau mendengar taklimat mengenai penambahbaikan kemudahan di terminal Feri Ro-Ro yang melibatkan peruntukan RM22 juta oleh pihak Jabatan Laut dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menyentuh mengenai cadangan LDA Holding untuk mengadakan perkhidmatan feri dari Labuan ke Kota Kinabalu yang tetangguh akibat masalah teknikal dan keselamatan pendaratan, Dr Zaliha berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah bagi membincangkan secara terperinci dan bentuk kerjasama yang boleh memberikan manfaat kepada kedua dua wilayah.

“Oleh kerana perkhidmatan ini membabitkan dua Wilayah maka kita perlu mendapatkan persetujuan kedua dua pihak khususnya dalam aspek keselamatan dan pendaratan.

“Apa yang kita harapkan perkhidmatan feri ini akan memberi manfaat kepada kedua dua pihak khususnya dalam sektor pelancongan” katanya.Hadir sama, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Sukuran Taib Dan Ketua Pegawai Eksekutif LDA Holding, Noor Halim Datuk Zaini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN