ADVERTISEMENTspot_img

FKAL tingkatkan tahap kebolehpasaran graduan

Dr. Geoffrey empat dari kanan) diikuti Dr. Sidah, Dr Ricky dan Nora bersama pelajar yang menghadiri ceramah berkenaan

LABUAN: Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) terus berusaha meningkatkan kebolehpasaran graduan dan kesiapsiagaan pelajar menghadapi dunia pekerjaan yang semakin mencabar.

Bagi merealisasikan usaha itu menjadi kenyataan UMSKAL melalui Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) telah menganjurkan Program MyNext Level-Up: Career Success Fasa 2 di Dewan Kuliah Pusat 1, Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), baru-baru ini.

Dekan FKAL, Profesor Madya Dr. Geoffrey Harvey Tanakinjal berkata program itu selaras dengan aspirasi universiti dalam melahirkan graduan yang holistik, kompetitif dan berdaya tahan melalui pengukuhan kemahiran insaniah, pembangunan profesional serta jaringan bersama pihak industri.

“Kerjasama antara universiti dan agensi luar seperti TalentCorp turut membuka peluang kepada mahasiswa untuk lebih memahami keperluan pasaran kerja semasa dan meningkatkan persediaan mereka ke alam pekerjaan,”katanya.

Turut hadir Timbalan Dekan Akademik & Antarabangsa FKAL, Dr Ricky Chia Chee Jiun, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Dr Noor Hassanah Husin dan Pengarah Program, Nora Abiyana Gabra.

Ceramah disampaikan oleh Pengarah Pusat Pembangunan Kerjaya & Pembangunan UMS, Profesor Madya Ts. Dr. Sidah Idris, Ketua Unit Program & Bimbingan Keusahawanan (CEDeC), M.Malik Ag Rasin dan (Regional Lead (Borneo), Campus Outreach & Mobility Talentcorp Malaysia, Hasyimi Hasyim.

Program ini turut mendapat kerjasama strategik daripada pihak TalentCorp Malaysia melalui kehadiran Muhammad Hasyimi yang berkongsi pelbagai input berkaitan pembangunan kerjaya dan peluang industri kepada mahasiswa.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai sesi pembangunan profesional antaranya Career Awareness & Personal Branding, Internship Preparation, Career Development & Entrepreneurship, dan Interview Preparation.

Antara fokus utama program termasuk penjenamaan diri, perancangan hala tuju kerjaya, penggunaan platform LinkedIn, persediaan latihan industri, pembangunan keusahawanan serta simulasi temu duga secara interaktif.

.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN