ADVERTISEMENTspot_img

Tan Wei Fun pelajar tunggal Labuan perolehi PNGK 4.00 STPM 2024

Yahya menyampaikan sijil keputusan pelajar terbaik STPM 2024

LABUAN: Tan Wei Fun diumum pelajar tunggal Wilayah Persekutuan Labuan yang mendapat keputusan cemerlang PNGK 4.00 dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2024 sekaligus diumum sebagai pelajar terbaik STPM 2024.

Sementara itu, lima pelajar lain turut diumum sebagai pelajar terbaik STPM 2024 masing masing Hisyam Muhammad, Balqis Zulaikha Amirul yang mendapat PNGK 3.84, Clarisha Anak Paing dan Benedict masing masing memperolehi PNGK 3.83 dan Nurul Nadia Kamsul memperolehi PNGK 3.75.

Tan pelajar tunggal yang mendapat PNGK 4.00 bersama ibunya Tan Siew Ming selepas diumum sebagai pelajar terbaik STPM 2024.

Seramai 139 calon yang hadir pada peperiksaan STPM 2024 layak dianugerahkan Sijil STPM 2024.

Majlis pengumuman keputusan STPM 2024 telah diumumkan oleh Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Yahya Ahmad Puteh di Dewan SMK Labuan.

Pada majlis itu, Yahya turut menjelaskan untuk memperkasa dan memastikan STPM sentiasa relevan dan diiktiraf di peringkat antarabangsa, MPM akan mengunapakai Sukatan Pelajaran Peperiksaan STPM bermula Semester 1, 2026.

Untuk rekod Sukatan Pelajaran Peperiksaan STPM telahpun dilancarkan pada Ogos 2024.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN