28 C
Kota Kinabalu
Rabu, Februari 11, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Tambunan cipta sejarah tersendiri jadi tuan rumah pelancaran Pesta Kaamatan peringkat negeri

Gambar: Datuk Arlnsia Angang

Oleh : Herry Kunjan

TAMBUNAN– Tambunan mencipta sejarah tersendiri apabila diamanahkan sebagai tuan rumah bagi pelancaran Pesta Kaamatan peringkat negeri tahun ini.

Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri I, merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Arlnsia Angang, penganjuran edisi 2025 ini disifatkan sebagai antara yang terbaik pernah dilaksanakan.

Katanya, ini selaras dengan janji Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan, yang juga Adun Tambunan untuk menjadikannya satu acara yang luar biasa dan berprestij.

Arlnsia mengakui secara peribadi bahawa penganjuran kali ini membawa cabaran besar namun amat mengujakan.

“Sebagai salah seorang penganjur, saya sangat teruja dan pada masa yang sama menganggap ini satu cabaran besar kerana Tambunan menjadi tuan rumah.

“Janji Dr Jeffrey untuk menjadikan Kaamatan kali ini yang terbaik merupakan tanggungjawab besar kepada kami semua. Namun syukur, dengan kerjasama luar biasa daripada semua pihak termasuk rakyat Tambunan sendiri, kita berjaya menyatukan semangat dan tenaga,” katanya dalm satu kenyataan, pada Rabu.

Menurut Arlnsia, antara inisiatif yang mendapat pujian termasuklah penyertaan aktif masyarakat dalam perayaan di peringkat mukim, pembinaan pagar buluh sepanjang jalan dari Tangaban ke Kiawaian, serta persediaan rapi untuk menyambut tetamu di setiap rumah mukim pada hari ini, 1 Mei.

Katanya, salah satu daya tarikan utama dalam edisi kali ini ialah Pertandingan Rumah Mukim yang dahulunya dikenali sebagai “Pondok-Pondok Mukim”. Sebanyak lapan buah rumah mukim termasuk sebuah rumah mewakili KDCA mengambil bahagian

Jelasnya, pertandingan itu bertujuan mempersembahkan keunikan makanan tradisional, kraftangan, serta hiasan yang menggunakan sepenuhnya sumber alam sekitar – mencerminkan bagaimana masyarakat terdahulu meraikan Pesta Kaamatan dengan semangat kesederhanaan dan kebersamaan.

“Menaiktaraf pondok-pondok sedia ada kepada struktur kekal adalah antara sumbangan besar Dr Jeffrey

“Kini, rumah mukim tersebut boleh dimanfaatkan sebagai homestay atau rumah tumpangan, sekali gus membuka peluang ekonomi baharu kepada penduduk, kata Arlnsia



Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa program sebegini perlu diteruskan setiap tahun bagi memartabatkan budaya warisan nenek moyang serta menjadi landasan perpaduan kukuh dalam kalangan masyarakat.

“Penganjuran ini juga membuka peluang untuk mempromosikan keunikan budaya Sabah ke peringkat antarabangsa

“Ini bukan sekadar perayaan, tetapi simbol penyatuan dan jati diri rakyat Sabah yang berbilang kaum dan latar belakang,” Tambahnya.

Pesta Kaamatan peringkat negeri ini dijangka menarik ribuan pengunjung dari seluruh pelusuk negeri dan negara, sekaligus menandakan Tambunan sebagai salah satu pusat kebudayaan penting di Sabah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN