30 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

SUSPEK PECAH RUMAH SEKITAR RANAU BERJAYA DITANGKAP

DIBERKAS…..Suspek kes pecah rumah dikesan menyembunyikan diri disebuah rumah sewa dan berjaya ditangkap pasukan Polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau.

RANAU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau, yakin dapat menyelesaikan lima kes pecah rumah yang berlaku sekitar daerah ini sejak awal Febuari dengan tertangkapnya seorang suspek lelaki tempatan berusia 45 tahun pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan (DSP) Simiun Lomudin berkata, sebelum ini pihaknya telah menerima beberapa laporan mengenai kejadian pecah rumah yang berlaku dikawasan perkampungan berdekatan jalan menuju ke bekas Lombong Mamut serta permis perniagaan disekitar Pekan Ranau.

“Bertindak atas maklumat risikan, sepasukan Pegawai dan anggota PDRM dari Ibu pejabat Polis Daerah Ranau telah berjaya mengesan tempat persembunyian suspek disebuah rumah tidak bernombor yang dipercayai disewa suspek dan dijadikan tempat persembunyian pada 22 Febuari jam 11.50 malam’’. Jelasnya.

DSP Simiun Lomudin

Mengulas lanjut, Simiun berkata, pihak polis turut berjaya merampas sebuah kereta jenis Proton FLX yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk melakukan jenayah dan nombor pendaftaran telah di palsukan untuk mengaburi pihak berkuasa.

Katanya, polis akan terus memperhebatkan operasi membenteras kejadian jenayah di daerah ini dari masa kesemasa bagi mempastikan ketenteraman awam terus terjamin manakala suspek telah direman dibawah Seksyen 457 Kanun Kesiksaan untuk siasatan lanjut.

“Kita berharap dengan tertangkapnya suspek ini, pihak polis mampu menyelesaikan kesemua kes pecah rumah membabitkan kehilangan beberapa harta benda berharga. Disamping itu, saya juga berharap akan lebih ramai tampil berkerjasama dengan pihak polis untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian jenayah di daerah ini”. Tegasnya dalam satu kenyataan pada Rabu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN