SUMBANGAN…Moris (tengah) menyampaikan bantuan kepada salah seorang penduduk yang menerima diperhatikan Lajim.
RANAU: Para penerima bantuan dan sumbangan Barang Makanan (BarMa) dari Pusat Khidmat Rakyat Parlimen di sini, berterima kasih kepada Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang juga Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin, kerana berinisiatif menyedia serta mengulurkan sumbangan tersebut.
Pengerusi MPKK Kg.Kigiok, Jasnie Bin Litah yang mewakili 30 orang penerima dari kampungnya, ketika ditemui mewakili penduduk terlibat merakam penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan Jonathan menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terkesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (KPKB) berikutan penularan pandemik Coronavirus (Covid-19) yang kini menjadi wabak seluruh dunia.

“Sumbangan seumpama ini, sudahpun disampaikan kepada ratusan penduduk dari puluhan buah kampung yang lain seluruh kawasan Parlimen Ranau.
“Mereka yang terkesan dan menerima bantuan itu adalah golongan miskin, Orang Kelainan Upaya(OKU), Anak-Anak Yatim, Ibu Tunggal dan Warga Emas”, jelas Jasnie.
Turut menerima BarMa yang sama ialah, 13 orang penduduk dari Kg.Kituntul Baru, Blok Ceria Lohan Ulu (33 orang), Blok Permai Lohan (47 orang), Kg.Mapad Satu (10 orang), Kg.Mindahuon (1orang), Pekan Ranau (5 orang) dan Kg.Matan(10 orang).
Semua sumbangan telah disampaikan oleh Staff Pejabat Parlimen Ranau yang
mewakili Jonathan. Mereka ialah, Lajim Haji Abd. Momen, Moris Majangki, Tingsu, Donny Pius, Primus Gahun Dan Saiki Suanti./