30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SMK PANTAI Cipta Sejarah Lulus 100% SPM 2023

ISMAIL (tiga Dari kanan) bersama pelajar cemerlang SPM 2024Nur Waheeda

LABUAN: SMK Pantai berjaya mencatat sejarah baharu apabila semua calon SPM 2023 lulus 100 peratus dan layak mendapat sijil SPM berbanding  94.77% pada tahun 2022.

Pengetua SMK Pantai, Ismail Abdullah berkata, ini merupakan kali pertama SMK Pantai mencapai lulus 100% sejak sekolah ini ditubuhkan pada 2002.

Beliau berkata gred Purata sekolah juga menunjukkan peningkatan tetinggi dengan pencapaian 4.33 berbanding 4.65 pada tahun 2022.

“Jumlah murid yang mendapat semua A dalam semua mata pelajaran juga meningkat iaitu seramai 4 orang berbanding 2 orang pada tahun 2022. Jumlah murid yang mendapat 6A ke atas juga meningkat kepada 22 orang berbanding 14 orang pada 2022”k, katanya dalam Satu kenyataan media, semalam.

ISMAIL (berdiri tengah) bersama pelajar yang mendapat 6A ke atas.

Katanya empat pelajar yang mendapat keputusan cemerlang 9A+ SPM 2023  itu ialah Nur Waheeda Mohd Rizal, Nurin Aisyah Rinatho, Harizah Syafiqah Hasto dan Nur Alisya Nuriena Mohamad Azri.

Ismail berkata,  kejayaan ini adalah hasil usaha dan kerjasama kolektif semua guru, ibu bapa, PIBG serta murid-murid calon SPM 2023 sejak daripada awal lagi.

“Program intervensi yang dirancang dan dilaksanakan secara berterusan mendapat sokongan padu dari pada PIBG yang sentiasa menyumbang aspek kewangan untuk menjayakan program yang dijalankan”, katanya.

Jelas beliau lagi, pengurusan kurikulum juga diberi perhatian secara teliti dan berterusan oleh pengetua dan para pentadbir., guru-guru berusaha melaksanakan pelbagai intervensi yang berbeza dan disesuaikan untuk kumpulan murid lemah, sederhana dan cemerlang.

Beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru, ibu bapa, PIBG serta Jabatan Pendidikan WP Labuan yang turut menyumbang kepada kejayaan bersejarah ini. Matlamat lebih tinggi akan ditetapkan untuk SPM 2024 setelah post mortem SPM 2023 dilaksanakan nanti.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN