SM Sains Labuan johan Sketsa Muzikal Kebangsaan 2025
LABUAN: SM Sains wilayah Persekutuan Labuan yang mewakili zon Borneo muncul johan Pertandingan Sketsa Muzikal Pengguna peringkat Kebangsaan 2025 anjuran Kementerian Perdagagan dan Hal Ehwal Pengguna Kos Sara Hidup (KPDN).
Dengan kemenangan itu, SM
Sains membawa pulang hadiah wang tunai RM 5,000.
Selain itu, pasukan yang dibimbing oleh Yahya Burhanudin dan Shafie Burhanuddin turut dianugerahkan Sinografi Terbaik dan Pelakon Wanita Tebaik menerusi Puteri Aqeela Qysteena Mazlee.
Sementara Zon Selatan Melaka terpaksa berpuas hati bergelar naib johan untuk menerima hadiah wang tunai RM 3,000, manakala tempat ketiga Zon Timur Kelantan menduduki tempat ketiga menerima hadiah wang tunai RM 1,000.
Pertandingan Sketsa Muzikal Kepenggunaan 2025 diadakan sempena Festival Kepenggunaan 2025 (Confest 2025) KPDN yang telah berlansung berlangsung pada di ITCC Penampang, Sabah baru baru ini.
Pertandingan yang bertemakan “Semarak Konsumerisme”, bertujuan menyemai nilai pengguna bijak, bertanggungjawab dan beretika dalam kalangan generasi muda melalui pendekatan kesenian dan kebudayaan.



