25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, September 30, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

SK Sagiban terima sumbangan RM34,000 daripada SESB menerusi program CSR

Mok cek berjumlah RM34,000 disampaikan oleh Masidi kepada wakil dari SK Sagiban Ranau

RANAU: Syarikat Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) telah memberikan sumbangan berjumlah RM34,000 kepada SK Sagiban Ranau menerusi program tanggungjawab sosial koperat (CSR) syarikat itu di sini pada hari Khamis.

Dalam inisiatif yang sama, SESB turut memberi sumbangan beg sekolah serta kelengkapan lain kepada seramai 250 orang kanak-kanak sekolah rendah di sini menerusi Program Ceria Ke Sekolah yang diadakan di Dewan Masyarakat Ranau.

Sumbangan disampaikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SESB Datuk Ir. Abdul Nasser Bin Abdul Wahid berkata, syarikat itu, dengan bantuan Jabatan Pendidikan Daerah Ranau telah memilih SK Sagiban sebagai Sekolah Angkat SESB dan sekaligus sebagai penerima bantuan pada tahun ini.

“Program Sekolah Angkat SESB adalah salah satu daripada program CSR SESB yang telah dirancang pada tahun ini. Sumbangan secara one off berjumlah RM34 ribu akan diberikan kepada setiap sekolah rendah luar bandar yang daif dan perlu diberikan bantuan serta kemudahan yang setara dengan sekolah di bandar.

“Tujuan bantuan tersebut adalah bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar agar lebih
kondusif,” katanya menerusi teks ucapan beliau yang disampaikan oleh Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Ir. Idris Bin Mohd Noor.

Sementara itu, Masidi yang juga Adun Karanaan memuji inisiatif mulia SESB dan berharap badan serta individu lain juga turut mencontohi usaha tersebut.

Dalam program itu, beliau turut menyumbangkan sebanyak RM6,000 kepada SK Sagiban dan berharap dana sumbangan tersebut, serta sumbangan oleh SESB dapat memberikan impak positif kepada prestasi pengajaran serta pembelajaran di sekolah berkenaan.

Beliau turut menggesa ibu bapa serta masyarakat di sini agar mengutamakan pembelajaran kanak-kanak memandangkan kepentingan aspek pendidikan di peringkat awal kepada masa depan individu, keluarga, masyarakat dan juga negara.

Turut hadir para pegawai dan kakitangan SESB, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Benedict Gunda, Presiden Dewan Perniagaan Cina Ranau (RCCC), Datuk Jimmy Tham Yuk Leong, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Ranau (MDR) Jupirin Hj Ruhimin, UPPM Karanaan, Rosdi Ghani, UPPM Paginatan, Hisyamudin Harun, dan lain-lain.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN