Shinertra (tengah) dan Jesandha menerima sijil daripada Jaipin
RANAU: Shinertra Calvin peserta dari Sekolah Kebangsaan Paginatan dan Jesandha Grace Jimchon dari Sekolah Kebangsaan Nalapak berjaya mewakili Zon Timur ke Pertandingan Dare To Spell Peringkat Daerah Ranau yang akan berlangsung pada 5 Ogos ini melalui aplikasi Google Meet.
Pada Pertandingan Dare To Spell Peringkat Zon Timur yang baru sahaja berlangsung di Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Nalapak Ranau menyaksikan Shinertra Calvin berjaya muncul sebagai ‘Champion’ disusuli Jesandha Grace Jimchon menduduki tempat kedua. Tempat ketiga dimenangi oleh Dyllia Katelyn Katom (SK. Nalapak).
Peserta lain yang menyertai pertandingan tersebut ialah Nadine Amanda Frankie (SK. Paginatan), Dyezebel Davidson (SK. Sagindai), Chris Emmanuel (SK. Miruru) dan Anna Daniellia Didimus (SK. Sagindai).
Para pengelola yang menjalankan pertandingan tersebut ialah Fidelia Paulus Adam, Suzana Lasiman, Ann @ Veronica John, Kevin Suresh De Costa, Wliemina Biri dan Hanisah Duis.
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Nalapak, Jaipin Kimburon dalam ucapan aluan merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.
“Rebutlah peluang untuk aktif dalam apa juga aktiviti sekolah kerana semua itu memberikan kelebihan kepada anda. Kemenangan perkara kedua, yang paling penting adalah pengalaman dan ilmu yang telah anda perolehi di samping sijil dan untuk mendapatkan markah penuh dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK),” jelas Jaipin.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Penolong Kanan Hal Ehal Murid Sekolah Kebangsaan Nalapak, Sufian Samsir.