TINJAU….Ir Mohd Yusmanizam ketika berucap kepada pemberita di Stesen Janakuasa Patau- Patau, pagi ini.
LABUAN:Sabah Electricity Sdn.Bhd (SESB) telah memperkasakan kapasiti penjanaan tenaganya dan yang terkini melalui Projek penyerahan lebih 100 unit set janakuasa (rental gensets) yang baharu.
Menurut Pengurus Kanan (Pengurusan Aset) SESB Ir.Mohd. Yusmanizam Mohd. Yussof, pengoperasian sepenuhnya set- set janakuasa di beberapa lokasi strategik di Labuan, Sandakan dan Lahad Datu ini telah memberi kesan positif terhadap keterpeliharaan sistem grid Sabah dan juga Labuan.
“Projek projek ini mula dioperadokan secara berperingkat bermula pada bulan Febuari lalu, manakala fasa kedua projek di Labuan siap sepenuhnya pada bulan Jun 2024” ,katanya kepada media selepas meninjau pengoperasian sepenuhnya Projek Rental Gensets kapasiti 200MW di Stesen Janakuasa Patau- Patau di sini, pagi ini.
Jelasnya, untuk kapasiti di Labuan jumlah keseluruhan penjanaan adalah pada 135 megaWatt (MW) berbanding permintaan beban pengguna sebanyak 70MW sahaja khususnya untuk Labuan.
“Bagi kapasiti lebihan tanaga di Labuan ia skan di export ke Sabah melalui sistem grid setiap hari bagi membantu memastikan sistem grid secara keseluruhanya di kedua -dua wilayah adalah baik”, katanya.