MELUNCURKAN… Disaksikan oleh jawatankuasa penganjur Harun (tengah) meluncurkan pertandingan esport elektronik.
OLEH: HJ MOHD AMIN HJ MUIN
DAN A. JALIL MADARIN
PITAS : Kejohanan Esport Tertutup Daerah Pitas di Dewan Sukan Pitas mendapat sambutan hangat apabila seramai 450 orang mengikuti kejohanan ini
Berucap merasmikan pertandingan itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Oil dan Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC) Datuk Harun Haji Ismail berkata, golongan belia di daerah ini khasnya perlu berfikiran terbuka jika mahu kepada perubahan masa depan yang cemerlang dan terbilang.
” Kita wajib berfikiran positif dan terbuka jika ingin maju kehadapan bukannya masih berada ditahap lama yang tidak menjanjikan sesuatu yang membanggakan,” tegasnya
Katanya, kalau satu masa dahulu sukan Esport elektronik ini di label sebagai sukan yang tiada masa depan namun anggapan itu adalah tidak benar kerana sukan esport kini sudah sangat popular bukan sahaja dalam negeri dan negara kita malah sudah diketengahkan di peringkat global dan menjadikan ianya sukan elektronik yang di pertandingkan dengan penyediaan hadiah jutaan malah sehingga ke bilion ringgit di peringkat antarabangsa.
Justeru itu, kata beliau jika sukan itu bermula dari ruang atau kamar kecil saja tapi sekarang ini ke pentas kejohanan dan ianya boleh mengubah nasib seorang “Gamers” dengan perolehan ganjaran yang sangat lumayan.
“Akan tetapi jika adik-adik peserta masih bersekolah teruskan pembelajaran berusaha sehingga ke menara gading fokus pembelajaran dengan tujuan untuk menjadikan diri anda sebagai graduan yang berjaya dan jangan sesakali berhenti dari belajar dengan tujuan menumpukan kepada permaianan esport semata-mata,” tambahnya.
Tambahnya, kalau zaman dahulu kita terkenal dengan sukan tradisional sahaja namun di abad 21 ini banyak membawa perubahan.
Harun amat teruja dengan penyertaan 450 orang golongan belia lelaki dan perempuan dan penyertaan ini amat menakjubkan bagi daerah Pitas yang mana jumlah penyertaan ahli sukan esport ini tidak pernah berlaku sebelum ini.
Tambahnya lagi, sebelum kejohanan ini pengerusi penganjur adik Alpicino@Sino telah menemui beliau berkongsi pandangan dan pendapat serta memohon dana agar sukan Tournament Esport Tertutup di anjurkan di peringkat daerah Pitas.

BERSAMA PESERTA… Harun duduk depan lima dari kiri bersama tetamu yang lain mengabadikan gambar kenangan bersama sebahagian 450 orang peserta pertandingan esport.
” Saya mengucapkan syabas dan tahniah kesungguhan Alpicino kerana menganjurkan kejohanan ini dengan jayanta demi kebaikan pelbagai pihak terutama golongan belia sebagai pelapis.
Harun menyarankan agar kejohanan sukan esport ini wajar diteruskan dimasa yang akan datang sebagai mengukuhkan hubungan silaturahim dan persahabatan serta mencungkil bakat belia dan pelbagai peringkat usia yang menyertainya sama ada mereka sudah berkerja atau sebaliknya.
” Sasaran kita masa depan mencipta rekod terbaik untuk diri pemain dan daerah Pitas yang mereka wakili,” katanya.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Bahagian PGRS Bahagian Pitas memuji penganjuran Kejohanan Tournament Esport Peringkat Daerah Pitas anjuran bersama Datuk Harun Ismail (DHI) di Dewan Belia Pitas dekat sini pada Ahad.
Berikut keputusan kejohanan sukan esport yang berlangsung selama dua hari di Dewan Belia Pitas.
Bagi kategori Efootball mobile johan dimenangi oleh Meow Suweyy, naib johan Ajiq tempat ketiga Kwang Ngo dan ke empat jatuh kepada Mirul Chulo. Kategori Efootball Console. Johan disandang oleh Xebee, naib johan Tengku Meow, ketiga E 2 dan ke empat A Swadmu.
Kategori PUBG johan disandang oleh Prime Marudu, naib johan 4rival, ketiga No Sympathy dan ke empat jatuh kepada Cacing Crew.
Bagi kategori Free Fire. Johan di menangi oleh Don’t Panic, kedua Sodara People, ketiga Wmp dan tempat ke empat Team X. Kategori Mobile Legend. Johan Saga Pitas, naib johan Nahar,tempat ketiga Saga Ranau dan ke empat SG. Kategori Mobile legend League 2. Johan dimenangi oleh Tumulak, naib johan Vtex, ketiga Chell Set Boy dan tempat ke empat Sern.
Kesemua pemenang johan masing-masing membawa balik hadiah berupa piala dan wang tunai RM1,000 dan RM500 mengikut kategori bagi pemenang naib johan, ketiga dan ke empat menerima wang tunai sahaja.
Hadiah disampaikan oleh Abdul Majit mewakili Datuk Harun dan turut menyampaikan hadiah Mohd Nazri. Hadir sama, Pengerusi penganjur Alpicino@Sino, Penyelaras program Malai Saharuddin Malai Ahmat, Pegawai Khas kepada Harun Abdul Majit Tarip @Man, Pegawai Kemajuan Masyarakat Daerah Pitas Ariffin Matasin.
Turut hadir, Pegawai Belia dan Sukan PBU Sabah Mohd. Nazri Abdul Karim, warga kerja Datuk Harun dan warga kerja penganjur program.



