Deckson (empat dari kanan) menyampaikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada salah seorang penerima.
NABAWAN: Seramai 3,433 pesawah padi di bawah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Nabawan masing-masing menerima Bantuan Khas Kewangan Adilifitri (BKKA) RM200 daripada pihak kerajaan.
Daripada jumlah itu seramai 1,502 penerima bayaran tunai yang disalurkan melalui Pejabat PPK Nabawan.
Penyampaian bantuan para penerima disempurnakan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Nabawan Deckson Andipai yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Ghani Mohamad Yassin di PPK berkenaan.
Ketika ditemui media Deckson berharap bantuan ini dapat meringankan beban serba sedikit keluarga yang merayakan Aidilfitri.
Malahan katanya, masyarakat petani bukan islam pun turut menerima bantuan yang sama dan sudah tentu mereka pun turut bergembira.
“Kita mengharapkan pada masa akan datang bantuan ini boleh ditambah lagi dan diteruskan pada perayaan-perayaan yang lain” katanya.
Pada masa Deckson mengucapkan terima kasih pihak PPK Nabawan dan Kerajaan Perpaduan yang menyalurkan bantuan ini.