29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Seramai 1,831 murid mendaftar Tahun 1, di 71 buah Sekolah Rendah daerah Ranau bagi tahun 2020.

OLEH SALWAH ARAMAT

RANAU : Seramai 1,831 orang kanak-kanak mendaftar masuk Tahun 1 di 71 buah Sekolah Kebangsaan (SK) di sini tahun ini, bagi tahun 2020.

Daripada jumlah itu seramai 100 orang iaitu, 51 lelaki dan 49 perempuan adalah mereka yang masuk mendaftar di SK.Pekan Ranau agak menurun berbanding tahun lepas (2019) mencatatkan pendaftaran kemasukan seramai 109 orang murid Tahun 1.

Guru Besar SK.Pekan, Mostajah@ Zunaidi Bin Dullah, memberitahu 100 orang murid murid yang mendaftar itu ditempatkan di tiga buah kelas Tahun 1, iaitu Kelas 1 Alfa, 1 Beta dan 1 Sigma di bawah pengawasan guru guru terlatih yang turut mengendalikan Program Orientasi bermula 2 hingga 8 Januari dan Transisi bermula 9 hingga Enam Belas Januari sebelum murid terlibat mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran Bertema.

Sebahagian murid yang mendaftar Tahun 1 di SK. Pekan Ranau 2020.

“Murid-murid ini akan mengikuti program Orientasi bagi membiasakan murid-murid berintraksi dengan guru-guru mereka sambil membiasakan mereka mengenali lokasi-lokasi utama di sekolah termasuklah Tandas Lelaki dan Tandas Perempuan, Kantin Sekolah, Pusat Sumber Sekolah, Bilik Guru, Bilik Guru Besar, Pejabat Sekolah, Padang Sekolah dan sebagainya”, jelas Mostajah ketika ditemui di SK,Pekan Ranau pada hari kedua persekolahan (3 Januari).

Menurutnya, program Transisi pula akan melaksanakan Pengajaran dan Pembejaran secara Bertema yang mendahului dengan Tema: Alat Tulis, Tema: Haiwan (Aktiviti Pembentukan Sahsiah), disusuli dengan tema: Peralatan Rumah dan Sekolah dan Tema: Buah Buahan.

Sementara itu, beberapa ibu bapa murid Tahun 1 yang sempat ditemui mengharapkan anak mereka boleh sesuaikan diri dengan keadaan sekolah baru berbanding Prasekolah dan Tadika dahulu.

Adik Liya yang ditemani ibunya, Leenya.

“Saya memberi kepercayaan kepada pihak sekolah untuk menjaga seterusnya memancarkan ilmu pengetahuan yang berguna kepada anak saya”, jelas Leenya Rina Gahad, salah seorang ibu yang menghantar anaknya, adik Liya Annafonisyah Binti Edwin@Ikhsan yang masuk Tahun 1 tahun ini.

Turut hadir ke program Orientasi, Transisi dan Guru Penyayang itu ialah,Guru Penolong Kanan 1, Dayang Alinah, Penolong Kanan (penyelia Petang), Rosnie Binti Abie dan Yang Dipertua PIBG SK.Pekan, William Baba Dunggi.-TAMAT-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN