Robert (duduk kanan) ketika melawat kejohanan berkenaan.
Oleh: Rizalmi Liman
KENINGAU: Seramai 177 orang menyertai Keningau Open Chess Championship 2023 yang diadakan di Taman Bandukan Riverside Resort Keningau, bermula hari ini hingga besok.
Kejohanan ini merupakan anjuran Kelab Catur Keningau dengan kerjasama Persatuan Pelancongan Dan Kebudayaan Keningau.
Terdapat empat kategori dipertandingkan iaitu Kategori Terbuka, 18 Tahun, 15 Tahun dan 12 Tahun.
Apa yang lebih menarik terdapat peserta daripada luar negara dan luar negeri menyertai kejohanan ini iaitu peserta daripada Filipina, India serta Sarawak dan Selangor.
Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik turut meluangkan masa melawat kejohanan ini dan diiringi Rafie Robert, Pengerusi Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Keningau, dan Jude James, Pengerusi Kelab Catur Keningau.