31 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sepasang suami isteri tinggal sehelai sepinggang

DUA anggota bomba berusaha memadam kebakaran rumah Zairudy di Jalan Rancha-Rancha Kampung Bantu Arang pagi Sabtu.


LABUAN: Sepasang suami isteri bersama seorang anak lelakinya, tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Batu Arang berdekatan dengan nusrey Grand Cottege, di sini, awal pagi Sabtu.


Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Labuan Ismaidi Ismail, pihaknya menerima panggilan kecemasan 6.10 pagi.


Sepasukan 11 anggota bomba bersama tiga buah jentera telah dikejarkan ke tempat kejadian untuk melakukan operasi memadam kebakaran.

HANGUS…. keadaan rumah Zairudy yang musnah sepenuhnya.


“ Bagaimanapun setibanya anggota bomba di tempat kejadian kira empat minit selepas menerima panggilan mendapati rumah jenis kayu berukuran 30 x 30 kaki itu sudahpun musnah 100 peratus terbakar” katanya.


Beliau berkata, api berjaya dipadamkan pada jam 6.38 pagi sebelum merebak kerumah berhampiran dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.46 pagi.


Sementara itu, pemilik rumah berkenaan yang dikenali sebagai Zairudy Zainal, 38 bersama anaknya terselamat daripada sebarang kecedaraan, manakala isteri beliau Jainap Chih mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan dan kaki dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN