RANAU: Seorang lelaki tempatan dilaporkan hilang dalam kawasan hutan di Kampung Tinanom, di sini sejak 1 Januari lalu.
Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan (DSP) Simiun Lomudin, berkata mangsa dikenali Moijin Bin Gamiyan (gambar), berumur 65 tahun,
Katanya, salah seorang anak mangsa telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Ranau berhubung kejadian itu kemarin (3 Januari) selepas usaha mengesan dan menjejaki mangsa yang dilakukan penduduk kampung menemui jalan buntu.

DSP SIMIUN LOMUDIN
“Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan telah keluar rumah lebih kurang 8 pagi untuk memeriksa jerat yang dipasang di kawasan hutan berdekatan.
“Mangsa dikatakan memakai baju berwarna biru lengan pendek, seluar panjang celoreng tentera dan turut membawa sebilah parang dan barait (beg rotan),” katanya kepada Borneo Daily Bulletin, hari ini.
Menurut DSP Simiun, bertindak atas maklumat, pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah diaktifkan hari ini (4 Januari).
Katanya, pasukan SAR telah digerakan ke lokasi kejadian di Kg.Tinanom yang terletak kira-kira 70 Kilometer daripada pekan Ranau, pada 9 pagi tadi.
“Pasukan SAR terdiri 6 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) 5, Angkatan Pertahanan Awam (APM)5 dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Ranau, seramai 4 anggota.
“Operasi SAR turut dibantu penduduk penduduk kampung Tinanom ,” katanya.