27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Semua pemimpin Sabah wajar beri sokongan padu sambutan Hari Sabah pada 31 Ogos depan: Robert

Robert …saya turut mengalu-alukan jemputan kepada Wakil Rakyat Tungku untuk datang bersama ke sambutan Hari Sabah di Tambunan. Jemputan ini juga saya panjangkan kepada para wakil-wakil rakyat lain tidak kira apa juga fahaman politik agar kita duduk bersama pada 31 Ogos depan.

KENINGAU: Semua pemimpin negeri ini wajar memberikan sokongan padu kepada sambutan Hari Sabah pada 31 Ogos depan yang bakal berlangsung di Daerah Tambunan.

Pengerusi Persediaan Sambutan Hari Sabah, Datuk Robert Tawik berkata, sambutan bersejarah itu menandakan seluruh pemimpin bersama rakyat Sabah perlu sepakat memberikan komitmen kearah menyerlahkan jati diri selaku rakyat negeri ini.

“Kita sering berbeza idea mengenai sambutan Hari Sabah. Namun dalam konteks meraikan sambutan yang julung kali diadakan ini, biarlah kita ketepikan dahulu ideologi politik untuk mencari siapa betul siapa salah dalam fakta tersebut kerana apa yang penting, Hari Sabah menandakan penyatuan seluruh rakyat negeri bertuah ini”. Tegasnya.

Robert berkata demikian pada Jumaat bagi mengulas kenyataan akhbar Adun Tungku dari Parti Warisan, Assaffal Alian yang membidas kenyataan Ketua Menteri Sabah mengenai sambutan Hari Sabah.

Pada Khamis dalam satu kenyataan media online, Assaffal menggesa agar Hajiji merujuk kepada fakta sejarah asal berhubung Hari Kemerdekaan Sabah.

Tegas Robert, dalam banyak perkara yang ada hubung kait dengan ‘Political Will”, mungkin ia boleh disuarakan menerusi medium berbeza namun biarlah kita bersatu padu untuk menegakkan Sabah Ibu Pertiwi kita sebagai sebahagian dari Wilayah yang menubuhkan Malaysia.

“Justeru, saya turut mengalu-alukan jemputan kepada Wakil Rakyat Tungku untuk datang bersama ke sambutan Hari Sabah di Tambunan. Jemputan ini juga saya panjangkan kepada para wakil-wakil rakyat lain tidak kira apa juga fahaman politik agar kita duduk bersama pada 31 Ogos depan demi negeri kita ini”. Katanya.

Selain itu,beliau turut mengambil contoh kesepakatan pemimpin di Sarawak ketika mereka menyambut Hari Sarawak baru-baru ini.

Jelasnya, semangat kesepakatan para pemimpin di negeri jiran kita itu wajar menjadi teladan kepada semua pihak agar diterjemahkan ketika sambutan Hari Sabah kelak untuk menunjukkan kepada dunia bahawa kita tetap bersatu walau berbeza ideologi politik.

Sambutan Hari Sabah pada 31 Ogos bermula pada jam 3 petang selepas selesai sambutan Hari Kebangsaan sebelah paginya di Kota Kinabalu dan bakal dihadiri oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor serta pemimpin-pemimpin utama negeri Sabah.

Pelbagai acara menarik telah dirancang antaranya pertandingan kereta berhias, pameran artifak bersejarah, persembahan nyanyian dan bunga api serta lawatan amal ke Rumah Anak Yatim Tambunan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN