25 C
Kota Kinabalu
Jumaat, September 13, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Semangat Hari Kebangsaan perlu   disemat dalam jiwa rakyat- Bashir

BASHIR ketika berucap secara hybrid pada pelancaran Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Wilayah Persekutuan Labuan, pagi ini.

LABUAN: Miskipun tahun ini tiada sambutan secara besar besaran  atau perbarisan dan  perarakan sempena Hari Kebangsaan, namun semangat memperingati tarikh keramat 31 Ogos perlu sentiasa disematkan  dalam jiwa rakyat negara ini khususnya kepada warga Labuan.

Demikian kata Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias ketika berucap merasmikan pelancaran  Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Labuan  yang diadakan secara hibrid selaras dengan pematuhan SOP Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Bangunan Komplek Komunikasi dan Multi Media (KKMM), Jalan Tanjung Taras, dekat sini, pagi ini.

 Beliau berkata, negara telah  melalui pelbagai dugaan dan rintangan sejak penularan pandemik COVID-19 yang membadai emosi serta nyawa rakyat di Negara ini.

“Namun Alhamdulillah, Wilayah Persekutuan Labuan sudah pun berjaya memasuki  Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) sejak 4 Ogos lalu dan ini adalah hasil daripada kemuafakatan seluruh jentera kerajaan, swasta, NGO dan rakyat Labuan yang teguh berganding bahu memerangi penularan COVID-19 di wilayah ini” katanya.

Jelas beliau, kesepaduan yang erat ini amat selari dengan semangat tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini iaitu ‘Malaysia Prihatin’. Tema itu melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

SERAH…. Bashir  (tiga kiri) menyerahkan Jalur Gemilang kepada Ketua Kampung Patau-Patau Satu, Sabli Timbang   sambil diperhatikan Rithuan  (dua kanan) dan Supian (kanan sekaali)

“Malaysia Prihatin turut mencerminkan usaha semua pihak, baik kerajaan, sektor swasta, sukarelawan dan juga rakyat secara perseorangan yang berganding bahu umpama aur dengan tebing dalam menangani penyebaran wabak pandemik COVID-19” katanya.

Menurut Bashir, Wilayah Persekutuan Labuan adalah role model terbaik dalam menterjemahkan tema ‘Malaysia Prihatin’  dan setiap tindakan yang diambil sekaligus berhasil mengeluarkan pulau ini daripada satu krisis penularan COVID-19 yang agak kritikal dalam beberapa bulan yang lalu.

Katanya, kejayaan hari ini hanyalah satu permulaan perjalanan baharu yang masih panjang untuk kita lalui bersama. Suka untuk saya mengingatkan agar prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan yang telah ditetapkan terus dipatuhi serta semua usaha untuk menambah baik situasi kini terus diperhebatkan.

Bashir yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada warga Labuan dewasa yang sudah mendaftar dan mengambil vaksin COVID-19.

“Tahniah diucapkan kerana anda adalah rakyat yang bertanggungjawab dan prihatin kepada kepentingan Negara.

Katanya, vaksin bukan sahaja penting untuk menjamin imuniti kelompok, tetapi vaksin juga penting untuk memudahkan aktiviti kehidupan kita setiap hari.

 Sebagai contoh katanya, hanya individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan memasuki premis-premis perniagaan, dibenarkan merentas negeri dan pelbagai lagi kemudahan lain seperti mana yang diumumkan kerajaan.

Sementara itu katanya,  COVID-19 tidak akan sesekali merentap semangat kita semua untuk terus menggelorakan dan menghayati pengisian Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini.

Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk menzahirkan roh serta semangat cintakan  kepada negara dan perkara yang paling mudah adalah dengan mengibarkan Jalur Gemilang di premis-premis, pejabat, kediaman, kenderaan atau di mana sahaja yang bersesusaian.

Majlis pelancaran diteruskan dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang  yang diadakan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wilayah Persekutuan Labuan  dan penyampaian sijil penghargaan kepada 13 agensi penguatkuasaan.

Majlis dimeriahkan kagi dengan acara ‘flag Off dan perlepasan konvoi (IOW) Merdeka dan penyerahan Jalur Gemilang kepada Ketua Kampung Pantai dan Ketua Kampung Patau-Patau.

Hadir  sama pada majlis tersebut, Timbalan Ketua Pengawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Ismail, Ketua Polis Daerah  Labuan, Superitendan Ahmad Jawila, Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Labuan,  Mohd Hafiez Daud dan Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Supian Musa.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN