Ghani……..Sektor Pertanian antara penyumbang utama hasil Negeri.
KOTA KINABALU:Sektor Pertanian perlu diberi keutamaan dan diberi penekanan yang serius untuk kesejahteraan rakyat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin berkata, keutamaan beliau adalah untuk menekankan sektor pertanian ini dalam usaha kita memastikan kesejahteraan rakyat Sabah terus terbela, khususnya di luar bandar selain usaha untuk meningkatkan pendapatan hasil negeri Sabah akan tercapai.
Ini katanya, kerana jika menelusuri rekod keadaan ekonomi semasa sektor Pertanian antara penyumbang utama hasil negeri selepas, Cukai Jualan Negeri (CJN) melalui produk-produk petroleum dan gas, begitu juga hasil bukan cukai yang dikutip.
Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS)menekankan perkara itu dalam ucapan perbahasan Belanjawan Negeri Sabah Tahun 2022 pada Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Dewan Undangan Negeri Sabah yang Ke 16 yang bermula pada 6 hingga 9 Disember ini.
Ghani berkata, dalam cadangan bajet kali 2022 Kementerian Pertanian dan Perikanan telah diperuntukkan dengan anggaran sebanyak RM319.01 juta untuk Perbekalan dan RM111.87 juta untuk Pembangunan.
Selain itu katanya, beberapa pihak agensi kerajaan dan badan-badan berkanun, juga mendapat peruntukan yang wajar sebagai bentuk suntikan untuk memperkasa dan merangsang kembali aktiviti pertanian.
“Persoalannya apakah komitmen yang boleh dijanjikan oleh agensi-agensi dan jabatan kerajaan ini sebagai ukuran pencapaian? kerana kita menginginkan arus perubahan dan daya saing dapat
diselarikan seiring kontemporari semasa untuk diadaptasikan oleh setiap pemain industri khususnya dalam bidang pertanian ini” jelasnya.
Ghani dalam ucapan bahasnya juga berkongsi pandangan agar agensi-agensi kerajaan dan syarikat-
syarikat kerajaan berkaitan pertanian khususnya juga turut sama mendapat suntikan yang wajar dalam bajet 2022.
Sekaligus membantu meningkatkan pendapatan rakyat luar bandar sebagai usaha sama untuk memulihkan ekonomi negeri Sabah. Kerana keadaan ini telah dibuktikan oleh pengeluaran hasil komoditi seperti Kelapa Sawit pada tahun ini adalah antara penuyumbang utama hasil negeri.
“Saya menyuarakan keadaan ini kerana aktiviti pertanian lain khususnya seperti industri hiliran juga mempunyai impak tinggi. Kita perlu bersedia mendepani kemungkinan perubahan iklim ekonomi global, kita perlu menggunakan hasil bumi dengan sebaiknya, sumber alam semulajadi, tanah yang subur, kawasan yang sesuai, untuk kegiatan pertanian seperti, buah-buahan, sayur-sayuran, kayu-kayan, dan sebagainya adalah keutamaan kita. Marilah bersama merintis kepelbagaian aktiviti pertanian, negeri Sabah mempunyai potensi tinggi dengan kepelbagaian sektor pertanian” tambahnya.
Selain itu, menerusi cadangan belanjawan ini, beliau memetik terma “Aktiviti Ekonomi Tambahan” (AET) yang dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan seperti yang dilaksanakan oleh LKTNS sendiri.
“Tetapi kita perlu melihat satu sudut lain agar peluang-peluang aktiviti pertanian sebegini boleh diperbesarkan skopnya dan memberi impak yang tinggi” katanya.
Beralih kepada isu pembangunan, melalui bajet tahun 2022 ini Ghani berharap pihak berwajib seperti, Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) dan kementerian lain yang bertanggungjawab untuk mencari solusi bagi menyelesaikan isu serta rintihan masayarakat luar bandar secara komprehensif.
“Saya sifatkan isu-isu ini adalah isu lama dan lapuk oleh itu, marilah kita manfaatkan peluang ini untuk melaksanakan tugasan ini dengan sebaiknya demi kesejahteraan Sabah yang kita cintai” ujar Ghani.
Sambil menyokong belanjawan itu, Ghani mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak kerajaan negeri kerana menerusi belanjawan tahun hadapan, kerajaan telah bersetuju dan menawarkan kepada pihak SEDCO untuk memulakan pembangunan pekan baharu Sapulut, manakala melalui Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan
Sabah (KKTP) bersetuju untuk pembinaan bangunan Mahkamah Anak Negeri Daerah Kecil Pagalungan di kawasan DUN Nabawan.
Ini katanya, membuktikan kerajaan negeri sentiasa peka dan prihatin terhadap kawasan luar bandar dan Pedalaman.
“Oleh yang demikian, saya berharapagihan belanjawan kategori perbelanjaan Pembangunan pada tahun hadapan dibelanjakan secara berhemah dan semaksimanya. Kesimpulannya, saya telah kupas dan tekankan dua aspek major dalam belanjawan ini untuk sama-sama kita nilai dan perhalusi bersama iaitu mengenai Sektor Pertanian dan Pembangunan Jaringan Infrasturkutr Luar Bandar” katanya.