27.3 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Sebuah kenderaan 4×4 bertembung bas express dekat Kg.Kinaratuan.

Oleh Aduka Jasnin Suman

RANAU: Sebuah bas express telah bertembung dengan  kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan jalanraya di Kilometer 16, Jalan  Ranau-Telupid, dekat Kampung Kinaratuan awal pagi tadi.

Keadaan di lokasi kemalangan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib dalam laporannya berkata, kejadian berlaku lebih kurang jam3.10 pagi.

Katanya, BBP Ranau menerima panggilan kecemasan jam3.40 pagi seterusnya  menggegaskan  seramai lima anggota dan dua buah jentera ke lokasi kejadian.

“Tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati sebuah bas express dengan muatan penumpang seramai 36 orang telah bertembung dengan sebuah kereta jenis Isuzu Trooper.

“Bas express dikatakan dalam perjalanan dari Tawau menuju Kota Kinabalu, manakala kereta Isuzu Trooper yang dipandu bersendirian dari arah bertentangan,” katanya.

Menurut Ridwan, dalam kemalangan itu, pemandu Isuzu Trooper, seorang lelaki tempatan berumur 43 tahun dan seorang penumpang bas express, lelaki berumur 20 tahun dilaporkan mengalami kecederaan.

Pemandu Isuzu Trooper yang cedera di bahagian kaki dan pinggang dilaporkan tidak sedarkan diri dan telah  diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dihantar ke Hospital Ranau.

“Seorang penumpang bas express, lelaki berumur 20 tahun turut cedera dalam kemalangan itu dan telah dihantar ke Hospital Ranau menaiki Ambulans. Manakala pemandu bas dan 35 penumpang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Sebelum meninggalkan lokasi kejadian, pasukan operasi membersihkan  tumpahan minyak yang terdapat di atas jalanraya menggunakan pancutan air dari hose reel jentera sebelum menamatkan operasi kira-kira jam4.47 pagi,” jelas Ridwan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN