Robert Paulus(kiri)….beri subsidi racun kepada petani. (Kanan) Haji Yazid….merayu kerajaan Persekutuan mencari pendekatan bantu rakyat.
KENINGAU:Pemimpin-Pemimpin Parti STARSABAH Sabah Bahagian N.40 Bingkor menyokong kenyataan Presiden STARSABAH Datuk Seri Panglima Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan dan Timbalannya Datuk Robert Tawik @ Nordin mengenai pemberian subsidi racun kepada petani dan pekebun kecil sawit bagi meringankn beban yang ditanggung oleh para petani.
Timbalan Ketua Bahagian STARSABAH N.40 Bingkor Robert Paulus berkata, sebagai Pengerusi Koperasi Penanam Sawit Mampan Apin-Apin Bingkor Berhad menyokong saranan ini agar kerajaan menimbang pemberian subsidi racun kepada petani.
Katanya, sejak akhir-akhir ini petani amat terkesan dengan kenaikan harga racun yang melambung naik dengan kadar kenaikan 50 peratus.
Justeru itu katanya, kerajaan mempertimbangkan perkara ini untuk kebaikan golongan petani terutama pekebun kecil.
Sementara itu Ahli Jawatankuasa Bahagian STARSABAH N.40 Bingkor Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles merayu kerajaan Persekutuan mencari pendekatan untuk membantu para petani berikutan dengan kenaikan harga pelbagai barang yang mendadak ini.
“Sudahpun rakyat terkesan dengan pandemik Covid19, rakyat dibebani lagi dengan kenaikan harga barang. Ini amat menyusahkan rakyat” katanya
Sehubungan dengan ini beliau mendesak kepada kerajaan Persekutuan untuk mengambil tindakan secepatnya untuk memberi subsidi kepada petani.
Tambahnya, bukan saja harga racun naik tetapi barang-barang keperluan lain juga turut naik.