24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Sabah, Selangor dominasi acara Triathlon X Multisport Labuan Challenge 2022

PEMENANG Sprint Triathon Men Open bersama hadiah masing masing.

LABUAN:  Peserta dari Sabah dan Selangor  mendominasi acara Triathlon X Multisport Labuan Challenge 2022 yang telah diadakan di pantai Tanjung Purun,  Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan pada Sabtu.

Pada cabaran itu peserta dari Selangor  dan Sabah masing masing menguasai tiga kategori, daripada enam kategori  yang dipertandingkan.

Tiga  kategori yang di menangi oleh peserta Selangor itu masing masing kategori Sprint Triathlon Men Open yang dimenangi oleh  Daniel John Chen Hong Soo, Sprint Triathlon Men Veteran (Jose  Luis Larrosa) dan  Sprint Triathlon Women Open (Sara Joy Chen Hong Mae).

Manakala tiga kategori yang dimenangi peserta Sabah masing masing kategori Sprint Triathlon Men Relay Team  (Wincentbert Latius, Tan Kian Guan, Andy Yan Kah Siong), Sprint Triathlon Mixed Relay Team (Samuel Chung Fu Yuan, Darren Voo Kai Jun, Shamiera Auther) dan Sprint Women Veteran (Wong Win Ner).

PEMENANG Sprint Triathlon Men Relay Team.

Sementara itu, peserta tuan rumah (Labuan)  hanya memenangi tempat ketiga dalam kategori  Sprint Triathlon Men Relay Team  (Abdul Yassin Abdul Sapar, David Eming Mohd Safwan Hashin)

Cabaran Triathlon  X Multisport Labuan Challenge 2022 melibatkan tiga disiplin iaitu acara renang sejauh 750 meter, kayuhan basikal sejauh 20 kilometer dan larian seajuh 5 kilometer telah disertai seramai 127 peserta dari  Sabah, Selangor, Sarawak, Melaka dan Labuan serta peserta dari luar negara Brunei Darussalam dan  Sepanyol.

Terdahulu majlis flagoff para peserta di sempurnakan oleh Pengerusi Perbadanan Labuan, Senator Datuk Bashir Alias di pantai Tanjung Purun, Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN