ADVERTISEMENTspot_img

23 Pelajar Master Universiti Teknologi Brunei adakan lawatan ke UMSKAL

Prof Dr Shamsul Bahari tengah bersama delegasi UTB.

LABUAN:Seramai 34 pelajar Master Universiti Teknologi Brunei (UTB) mengadakan lawatan sambil belajar ke Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) pada Rabu lalu.

Delegasi UTB diketuai Timbalan Dekan (Research) of UTB School of Business, Penolong Profesor Kanan, Dr Fahmi Ibrahim bersama dua pensyarah.

Dr Fahmi berkata lawatan itu bertujuan untuk bertukar-tukar ilmu dan pengalaman akademik antara kedua-dua institusi pendidikan tinggi.

Selain itu, berinteraksi serta pertukaran budaya antara pelajar UTB dan UMSKAL.

Katanya, menerusi lawatan itu, UTB dapat membina jaringan dan hubungan antara pelajar kedua-dua universiti.

“Menerusi lawatan itu, pelajar UTB dapat mengenali persekitaran dan kemudahan akademik di UMS Labuan,”katanya.

Terdahulu ketibaan delegasi UTB disantuni Pengarah UMSKAL, Prof. Dr. Shamsul Bahari Shamsudin.

Pada majlis itu diadakan taklimat yang disampaikan Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa Fakulti Kewangan dan Antarabangsa Labuan (FKAL), Dr Ricky Chia Chee Jiun dan Timbalan Dekan (Pascasiswazah & Antarabangsa) Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI), Dr. Nooralisa Tuah.

Pensyarah dan pelajar turut mengadakan lawatan ke Aras 13 menikmati pemandangan menarik WP Labuan dan meninjau Balai Cerapan Melihat Anak Bulan.

Turut hadir lima pelajar Master FKAL.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN