Mohd Rafi (lima dari kiri) menyerahkan sumbangan RM10, 000 kepada penganjur program Test& Tune Labuan Motorsport Festival.
LABUAN: Pengerusi Penasihat Giat MARA Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan akan terus berusaha untuk merealisasikan pembinaan litar trik drag menjadi kenyataan.
Beliau berkata, usaha untuk membina sebuah litar trik sukan permotoran pernah disuarakan ketika beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Labuan dan perkara itu telah pun diluluskan pembinaanya oleh kerajaan semasa pentadbiran Barisan Nasional tahun 2016, namun pembinaannya telah dibatalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan sebaik sahaja mengambil alih tampuk kerajaan pada tahun 2018.
“Litar ini amat penting supaya peminat sukan permotoran khususnya anak muda Labuan mempunyai tempat yang sesuai untuk berlatih, mengasah bakat dan bertanding dalam persekitaran yang terkawal”, katanya.
Beliau berkata demikian ketika dijemput untuk merasmikan Provram Test & Tune Labuan Motorsport Festival 2026 di Kiansam, pada Sabtu.
Mohd Rafi yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia yakin dengan adanya litar trik itu, ia bukan sahaja dapat memenuhi impian anak muda untuk melakukan aktiviti sukan permotoran tetapi juga mampu merancakkan sektor pelancongan Labuan selain membantu meningkatkan ekonomi rakyat tempatan menerusi penganjuran acara bertaraf antarabangsa dan menarik penyertaan dari dalam serta luar negara.
Mohd Rafi yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan berkata acara sukan permotoran seperti program Test & Tune Labuan Motorsport Festival wajar diberi sokongan kerana berjaya menarik penyertaan lebih 200 peserta melibatkan lebih 80 buah kenderaan dari Sabah, Sarswsk, Brunei Darussalam, dan juga Semenanjung
“Inilah yang kita mahukan, selain Labuan sebagai pulau bebas cukai tetapi penganjuran sukan permotoran seperti ini mampu membantu meningkatkan ekonomi rakyat Labuan”, katanya.
Pada majlis itu, Mohd Rafi turut menyumbang RM10,000 kepada penganjur yang telah berjaya menganjurkan program tersebut.



