33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sabah perlu tangani kelemahan Imigresen di pintu masuk Menumbok

LABUAN: Kerajaan Negeri Sabah perlu mengkaji semula kelonggaran syarat-syarat  Imigersen  untuk memasuki Sabah khususnya di kawasan   pintu masuk  pelabuhan  Menumbok  yang ketika ini tiada kawalan kemasukan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Dr. Maximus Ongkili (gambar) berkata kelonggaran syarat-syarat itu telah menyebabkan negeri itu hilang kawalan keatas hak-hak Imigresen.

“Tiada kawalan Imigresen atau pemeriksaan ke atas penumpang yang tiba dengan feri dan kapal laut di Menumbok atau terminal feri Kota Kinabalu, yang merupakan pintu masuk ke Sabah dari pulau bebas cukai Labuan.

“Ini adalah satu kelemahan yang serius… warga asing, penjenayah dan unsur-unsur yang tidak diingini diketahui sering menggunakan laluan ini untuk melarikan diri daripada tindakan undang-undang,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi dailog dengan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun Labuan (Labuan KDCA) dan penduduk Sabah di pulau itu mengenai isu sama ada kelemahan di Menumbok adalah satu pelanggaran terhadap Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau mendakwa individu yang bukan penduduk Sabah juga sering menyalahgunakan kelemahan ini untuk tinggal melebihi tempoh atau bekerja secara haram di negeri itu sekali gus melanggar undang-undang Imigresen dan syarat-syarat MA63.

“Peserta dialog berkata kerajaan Sabah perlu mengambil langkah sewajarnya untuk memperketat undang-undang atau menutup kelemahan agar mematuhi undang-undang Imigresen dan pada masa yang sama, memulihkan hak-hak di bawah MA63,” katanya.

Terdahulu, Ongkili yang tiba di sini pada Jumaat untuk lawatan rasmi tiga hari, mengadakan pertemuan dengan Perbadanan Labuan dan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur – Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina (BIMP-EAGA).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN