30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Rumah terbuka dan amalan kunjung-mengunjungi erat perpaduan, kukuhkan persefahaman: Robert

Kelihatan beberapa pengunjung mengabadikan gambar kenangan bersama Robert (duduk). Turut kelihatan Pegawai Pendidikan Daerah Keningau Johari Sabin (dua dari kanan).

KENINGAU: Penganjuran rumah terbuka yang menyaksikan kehadiran masyarakat daripada pelbagai kaum dan agama membuktikan semangat perpaduan kaum di negara ini.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, rumah terbuka dan amalan kunjung-mengunjungi bukan sahaja mengeratkan perpaduan, malah mengukuhkan lagi persefahaman dan saling menghormati antara kaum, agama dan budaya di kalangan rakyat khususnya Sabah yang mempunyai pelbagai etnik.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berkata demikian ketika ditemui media pada Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN Bingkor yang diadakan di Kampung Buang Sayang Bingkor.

Lebih 3,000 pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat di daerah ini menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN Bingkor itu.

Menurut Robert, penganjuran rumah terbuka dan amalan kunjung-mengunjung merapatkan tali persaudaraan di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan anutan agama.

Sementara itu, pengunjung yang ditemui teruja dengan sambutan yang diadakan setelah beralih ke fasa endemik dan rata-rata berkata majlis rumah terbuka menjadi bukan sahaja lambang perpaduan tetapi juga mengeratkan hubungan.

Turut hadir pada majlis ini Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Parlimen Keningau, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan, ADUN Tulid Flovia Ng, Pegawai Pendidikan Daerah Keningau Johari Sabin, mantan ADUN Liawan Datuk Haji Sairin Haji Karno dan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN