26 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Robert terima kunjungan hormat Pegawai MDK dan RELA Keningau

Robert.(kanan) semasa berbincang dengan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Keningau Mohd Fawzi Abdul Kadir (dua dari kanan).

KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk  Robert Tawik @ Nordin  menerima kunjungan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Keningau Mohd Fawzi Abdul Kadir di pejabatnya kelmarin.

Topik utama yang dibincang dalam pertemuan itu adalah mengenai pelaksanaan penguatkuasa Binatang Berkeliaran di kawasan pekan dan sekitarnya. 

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, beliau akan memberi kerjasama salam apa juga perancangan Majlis Daerah Keningau yang menjurus kepada kebersihan dan keindahan pekan.

Robert (kanan) menerima kunjungan Pegawai RELA Daerah Keningau Helmi Bin Juran (dua dari kiri).

Pada hari yang  sama Robert juga menerima kunjungan Pegawai RELA Daerah (PRD)Keningau Helmi Bin Juran dan Timbalannya, PPRD Roger Edward Mahari.

Kunjungan hormat itu bertujuan membincangkan pengwujudan Pondok RELA di Pekan Bingkor.

Turut bersama Pengerusi  JPDB Pekan Bingkor  Jainus Lian.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN